Kesan kompleks tabii terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom Cymbidium Finlaysonianum (Orchidaceae) in Vitro

Norbaizura Lukman, (2006) Kesan kompleks tabii terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom Cymbidium Finlaysonianum (Orchidaceae) in Vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000447.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian kesan kompleks tabii ke atas pertumbuhan dan perkembangan protokom Cymbidium finlaysonianum telah dijalankan selama 90 hari. Protokom yang berusia 290 hari dikultur di atas medium asas Murashige dan Skoog (1962). Kepekatan pepton pada 1gl�¹, 2gl�¹ dan 3gl�¹, jus tomato pada kepekatan l0%(v/v), 15%(v/v) dan 20%(v/v) serta air kelapa pada kepekatan l0%(v/v), 15%(v/v) dan 200%(v/v) digunakan sebagai rawatan yang berlainan. Media MS tanpa sebarang komponen tambahan digunakan sebagai kawalan. Hasil kajian mendapati rawatan dengan 1gl�¹ pepton merupakan rawatan yang memberikan indeks pertumbuhan protokom yang paling baik dan bererti pada aras keertian 0.05. Rawatan ini juga menyumbangkan purata bilangan protokom yang menghasilkan daun yang paling tinggi. Rawatan dengan l0%(v/v), 15%(v/v) dan 20%(v/v) jus tomato pula memberikan nilai signifikan yang paling rendah bagi indeks pertumbuhan dan purata bilangan protokom yang menghasilkan daun yang paling rendah. Penggunaan jenis media yang berbeza tidak memberikan nilai yang signifikan bagi pembentukan akar dalam kajian ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Protocorms, Cymbidium finlaysonianum, Orchidaceae
Subjects: ?? QK474.8-495 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 26 Jan 2012 08:46
Last Modified: 23 Oct 2017 00:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3320

Actions (login required)

View Item View Item