Pemerhatian awal ekologi dan taburan kelip-kelip (Coleoptera lampyridae) di Kinabatangan

Koh, Say Ung (2005) Pemerhatian awal ekologi dan taburan kelip-kelip (Coleoptera lampyridae) di Kinabatangan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000471.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan di Hilir Kinabatangan, Sabah bertujuan sebagai tinjauan awal terhadap taburan serta ekologi kelip-kelip (Coleoptera: Lampyridae). Sebanyak lima kali persampelan telah dilakukan di empat lokasi yang berbeza darjah gangguannya iaitu Long Termai, Sungai Merah, Kampung Abai dan Danau Pitas pada bulan Mei, Ogos dan September 2004. Persampelan dijalankan dengan kaedah jaring sapuan selama 4 minit di setiap stesen. Sejumlah 1,967 ekor serangga dari 23 spesies serangga termasuk Pteroptyx tener telah diperolehi daripada keseluruhan 14 stesen dengan 6 spesies dari Order Coleoptera (termasuk P. tener), 5 spesies dari Order Lepidoptera, 3 spesies masing-masing dari Order Diptera, Order Homoptera, Order Hymenopetra dan Order Orthoptera. Daripada 23 spesies ini, 20 spesies diperolehi dari Long Termai, 19 spesies dari Sungai Merah, 19 dari Danau Pitas dan 18 spesies dari Kampung Abai. Ujian Kruskal-Wallis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti di antara bilangan P. tener yang ditangkap dengan lokasi persampelan (P>0.05). Melalui pemerhatian, faktor kesesuaian habitat dan kesenangan memperolehi makanan didapati mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap kelimpahan P. tener berbanding dengan pengaruh gangguan ke atas kawasan P. tener berkumpul. Keadaan cuaca turut mempengaruhi bilangan P. tener yang bekelip. P. tener didapati berkumpul di pokok buah-buahan lain selain daripada pokok Sonneratia caseolaris dan Excoecaria indica apabila musim pokok buah-buahan berbunga kerana tertarik dengan nektar bunga. Larva P. tener akan mengambil tempoh masa yang berlainan untuk bermetamorfosis dari peringkat pupa ke peringkat dewasa. Selain itu, larva P. tener adalah sensitif terhadap cahaya dan jantina P. tener dapat dikenal pasti pada peringkat pupanya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Insects, Fireflies, Coloeptera lampyridae, Kinabatangan, Long Termai, Sungai Merah, Kampung Abai, Danau Pitas, Pteroptyx tener
Subjects: ?? QL461-599.82 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 19 Jan 2012 09:31
Last Modified: 23 Oct 2017 00:52
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3352

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository