Kajian mengenai kesan suhu ke atas tumbesaran dan kemandirian cengkerik rumah

Ryzawati Romali, (2007) Kajian mengenai kesan suhu ke atas tumbesaran dan kemandirian cengkerik rumah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000475.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai kesan suhu ke atas saiz badan cengkerik rumah (Acheta domesticus) telah dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan perbezaan suhu ke atas saiz badan dan kadar kemandirian cengkerik rumah dan juga untuk mengukur kecekapan pengeluaran cengkerik rumah berdasarkan input dan output. Peringkat pertama kajian ini melibatkan pembiakan seratus ekor cengkerik rumah yang terdiri daripada 75 ekor betina dan 25 ekor jantan yang digunakan sebagai induk. Kajian peringkat kedua pula menggunakan 15 ekor betina dan 5 ekor jantan yang diletakkan di dalam kotak dan dilakukan replikasi sebanyak empat kali. Pembiakan peringkat kedua dilakukan pada dua julat suhu iaitu suhu panas (29-32°C) dan suhu normal (27-29°C). Kajian ini membuktikan bahawa suhu memainkan peranan penting bagi pertumbuhan dan perkembangan cengkerik rumah. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah akan menyebabkan kemandirian cengkerik rumah berkurangan dan akan menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Pertumbuhan dan perkembangan berat badan dan kadar kemandirian cengkerik rumah dipengaruhi oleh suhu dan umur cengkerik rumah. Julat suhu yang ideal untuk menghasilkan cengkerik rumah yang mempunyai berat maksimum dan kadar mandiri yang sesuai adalah dalam lingkungan 29-32°C. Julat suhu panas ini adalah sesuai kerana menghasilkan cengkerik rumah yang mempunyai badan yang lebih besar dan berat berbanding pada suhu normal. Selain daripada itu, umur optimum untuk cengkerik rumah dituai adalah pada umur enam minggu pada suhu panas kerana kadar pertumbuhan dan kemandirian cengkerik rumah pada umur ini berada pada paras maksimum.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: House crickets, Acheta domesticus, Temperature effect
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 25 Jan 2012 04:55
Last Modified: 23 Oct 2017 00:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3356

Actions (login required)

View Item View Item