Kajian kaedah penghitungan angka kawalan International Standard Book Number (ISBN)

Teo, Yoke Kun (2006) Kajian kaedah penghitungan angka kawalan International Standard Book Number (ISBN). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000484.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Terdapat dua jenis sistem ISBN iaitu ISBN-10 dan ISBN-13. ISBN-10 merupakan sistem pengkodan yang digunakan pada masa kini dan akan digantikan kepada ISBN-13 mulai tahun 2007. ISBN-10 terdiri daripada 10 digit dan ISBN-13 mempunyai 13 digit dalam sistemnya. Setiap digit yang terakhir pada ISBN -10 dan ISBN -13 dikenali sebagai angka kawalan. Angka kawalan ini wujud untuk memastikan kesahihan nombor ISBN dan digunakan untuk menyemak kesilapan yang mungkin berlaku dalam sistemnya. ISBN-10 menggunakan mod 11 dengan pemberat (1, ... ,10) manakala ISBN-13 menggunakan mod 10 dengan pemberat (1,3) dalam perhitungan angka kawalannya. Pemahaman konsep modulo, kongruen dan vektor adalah penting dalam penentuan mod yang digunakan dalam sistem ISBN. ISBN-10 dan ISBN-13 mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya menggunakan kaedah vektor dan konsep modulo yang sama dalam perhitungan angka kawalan. Walau bagaimanapun, kedua-duanya menggunakan mod yang berlainan disebabkan agihan digit yang berbeza. Penggunaan mod tertentu bagi setiap ISBN-I0 dan ISBN-13 bertujuan memaksimumkan penggunaan nombor. Satu aturcara telah ditulis untuk menyemak kesahihan nombor ISBN di mana kesilapan pada nombor ISBN dapat diketahui jika angka kawalan yang diperolehi adalah berbeza.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: International Standard Book Number, ISBN-10, ISBN-13, Book indexing
Subjects: ?? QA150-272.5 ??
?? Z665-718.8 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Feb 2012 01:47
Last Modified: 23 Oct 2017 00:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3413

Actions (login required)

View Item View Item