Kajian pengambilan diet dan factor-faktor lain yang berkaitan dengan kelebihan berat badan di kalangan kakitangan wanita di Universiti Malaysia Sabah

Beverly John, (2010) Kajian pengambilan diet dan factor-faktor lain yang berkaitan dengan kelebihan berat badan di kalangan kakitangan wanita di Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000487.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap kelebihan berat badan di kalangan kakitangan wanita di Universiti Malaysia Sabah. Objektif utama kajian ini ialah mengenalpasti faktor-faktor dan perkaitan di antara cara pengambilan diet dengan tahap kelebihan berat badan. Seramai 102 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Data telah diperoleh melalui borang demografik yang merangkumi pengukuran antropometri (Indeks Jisim Tubuh (IJT), saiz rangka tubuh, nisbah pinggang kepada pinggul (WHR), peratusan lemak badan dan pengukuran lipatan kulit) dan borang kekerapan pengambilan makanan. Data dianalisa menggunakan SPSS versi 15.0. Daripada hasil kajian Ini, terdapat sebanyak 22 (21.6%) orang responden berada pada IJTpra obes sementara 5 (4.9%) orang berada pada IJT obes. Antara faktor penyebab kelebihan berat badan yang mempunyai hubungan yang signifikan (p<0.05) ialah umur iaitu pada kumpulan umur 31 - 40 tahun (p=0.004), kandungan lemak dalam badan yang tinggi iaitu lebih daripada 32% (p=0.000), saiz rangka tubuh yang besar (p=0.001), sejarah kesihatan iaitu mempunyai penyakit darah tinggi (p=0.000) dan kekerapan pengambilan jenis masakan bergoreng dan dipanggang (p=0.000). Kajian ini menunjukkan tahap kelebihan berat badan di kalangan kakitangan wanita dalam kajian ini berada pada tahap sederhana.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Health, Dietary intake, Factors related to overweight, Woman staff, UMS, Anthropometry measurement, BMI, Size of the body stature, WHR, Body fat percentage, Skinfolds measurements
Subjects: ?? RA773-788 ??
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 16 Mar 2012 07:19
Last Modified: 23 Oct 2017 00:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3478

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository