Kajian kebersihan dan keselamatan makanan di kafeteria Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL)

Ting, Chiao Li Alexandria (2009) Kajian kebersihan dan keselamatan makanan di kafeteria Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000498.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kebersihan dan keselamatan makanan di cafeteria Universiti Malaysia Sabah kampus antarabangsa Labuan (UMS-KAL). Persampelan diambil dari udara kawasan gerai, papan pemotong, pisau, senduk makanan, kepala paip, tapak tangan pekerja, kain lap dan sampel makanan yang diambil dari tiga buah gerai di kafeteria UMS-KAL. Dua sampel makanan diambil dari setiap gerai tersebut. Kesemua sampel ini dikaji bagi mengesan kehadiran mikroorganisma koliform, E coli dan S. aureus. Kaedah yang terlibat ialah hitungan jumlah berdaya hidup, ujian anggaran koliform dan ujian biokimia bagi pengesahan kehadiran mikroorganisma E coli dan S. aureus. Tinjauan ke atas premis kafeteria dan pekerja dilakukan untuk mengenalpasti punca kontaminasi mikroorganisma pad a sampel-sampel. Survei turut dilakukan terhadap pelajar-pelajar UMS-KAL. Ini bertujuan untuk menilai kefahaman pelajar terhadap keadaan kebersihan dan perkhidmatan cafeteria tersebut. Para pekerja di kafeteria tersebut juga ditinjau dari segi pemahaman mereka dalam kebersihan dan keselamatan makanan. Daripada hasil keputusan yang diperolehi, kesemua sampel makanan, udara, peralatan dan pekerja menunjukkan bacaan hitungan jumlah berdaya hidup dan bacaan koliform yang rendah. Kehadiran S. aureus disahkan hadir pada daging rendang dari gerai Nasi Ayam CFC dan kehadiran E coli disahkan hadir pada sampel kain lap dari gerai Raudhah Restoran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food hygiene, Food safety, Labuan Campus Cafeteria
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 28 Feb 2012 07:02
Last Modified: 23 Oct 2017 01:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3489

Actions (login required)

View Item View Item