Kecenderungan dan faktor-faktor pengambilan mi segera jenis paket di kalangan pengguna bandar Kota Kinabalu, Sabah

Shum, Kei Li (2009) Kecenderungan dan faktor-faktor pengambilan mi segera jenis paket di kalangan pengguna bandar Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000499.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat kecenderungan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan mi segera jenis paket di kalangan penduduk bandar Kota Kinabalu. Objektif kajian ini adalah meninjau kecenderungan pengambilan dan pemilihan mi segera jenis paket di kalangan pengguna bandar Kota Kinabalu; menentukan sama ada terdapat perbezaan kegemaran pengguna di bandar Kota Kinabalu terhadap perencah, dan bentuk promosi mi segera jenis paket di pasaran; mengenal pasti sama ada terdapat perhubungan antara demografi, faktor pembelian dan pengetahuan mengenai mi segera dengan kekerapan pengambilan mi segera jenis paket; serta mengkaji sama ada terdapat perbezaan pengetahuan antara pengguna mi segera dengan pengguna bukan mi segera. Kajian ini berdasarkan kaedah tinjauan dengan menggunakan 384 orang pengguna yang membeli-belah di 5 pasaraya di bandar Kota Kinabalu. Kaedah statistic yang digunakan adalah perisian SPSS 15.0. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan kegemaran yang signifikan bagi perisa perencah (p=0.000, df=4, nilai X²=302.570) dan bentuk promosi (p=0.000, df=2, nilai X²=27.969). Dari segi demografi, analisis juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan yang signifikan diantara kekerapan pengambilan mi segera dan jantina (p=0.518, df=5, nilai X²=4.218), bangsa (p=0.089, df=25, nilai X²=34.957), pekerjaan (p=0.299, df=5, nilai X²=22.293) dan bilangan orang dalam keluarga (rs= 0.015, p=0.774). Manakala, terdapat perhubungan yang signifikan antara kekerapan pengambilan mi segera dengan umur (rs=0.247, p=0.000) terutama 20-29 tahun, dan pendapatan sebulan (rs=0.157, p=0.002). Dari segi faktor pembelian, analisis menunjukkan terdapat perhubungan signifikan antara kualiti produk (p=0.023, df=5, nilai X²=19.991), pembungkusan (p=0.006, df=5, nilai X²= 16.482), jenama (p=0.002, df=5, nilai X²=18.532), dan faktor-faktor lain (p=0.012, df=5, nilai X²=14.626) dengan kekerapan pengambilan mi segera jenis paket. Hasil analisis juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan mengenai mi segera dengan kekerapan pengambilan mi segera (r =-0.129, p= 0.011). Manakala, pengguna mi segera dan bukan pengguna mi segera tidak menunjukkan perbezaan pengetahuan yang signifikan (t = 1.285, df= 382, p=0.200). Secara keseluruhan pengambilan mi segera pengguna Kota Kinabalu adalah dipengaruhi oleh bentuk promosi, peri sa perencah, umur, pendapatan sebulan, kualiti produk, pembungkusan, jenqma, dan faktor-faktor lain (saiz, reka bentuk).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, Instant noodles, Intake of instant noodles, Kota Kinabalu, Sabah,
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 Feb 2012 09:01
Last Modified: 23 Oct 2017 01:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3490

Actions (login required)

View Item View Item