Pembangunan produk bagi stok kering sup peria (Momordica charantia)

Lee, Sin Yeen (2009) Pembangunan produk bagi stok kering sup peria (Momordica charantia). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000505.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajlan ini dijalankan untuk membangunkan stok kering sup peria dengan menentukan formulasi terbaik melalui ujian penilaian sensori. Sebanyak 8 formulasi dibangunkan dengan menggunakan kandungan peria, tomato, serta garam yang berbeza. Ujian hedonik yang dijalankan menunjukkan bahawa F4 merupakan formulasi yang terbaik. Melalui ujian analisis proksimat, formulasi F4 didapati mengandungi 65.30 ± 0.22% karbohidrat, 12.52 ± 0.08% protein, 1.29 ± 0.02% lemak, 8.56 ± 0.03% serabut kasar, 4.49 ± 0.16% kandungan lembapan, dan 7.84 ± 0.11% abu. Ujian fizikokimia pula menunjukkan formulasi F4 mempunyai nilai pH4.71. Kajian mutu untuk produk akhir menunjukkan bahawa produk ini mempunyai kandungan bakteria sebanyak 10� cfu/g, manakala untuk kiraan yis dan kulat adalah kurang darlpada 100 cfu/g sepanjang 8 minggu penyimpanan. Sepanjang tempoh penyimpanan produk tersebut juga menunjukkan bahawa peratus kandungan lembapan semakin menaik manakala nilai pHnya menurun dengan signifikan (p<0.05). Hasil kajian pengguna menunjukkan bahawa nisbah pengguna yang menyukai produk tersebut dari segi warna, aroma, rasa kepahitan, aftertaste, dan penerimaan keseluruhan adalah dengan nyatanya lebih tinggi daripada pengguna yang tidak menyukainya. Sebanyak 67% pengguna memberikan respon bahawa jika dinilai dari segi nilai sensori sup tersebut, mereka dengan rela hatinya akan membeli produk tersebut sekiranya produk stok kering sup peria ini dipasarkan. Kesimpulannya, stok kering sup peria yang dihasilkan dalam kertas kerja ini adalah dipercayai mempunyai potensi untuk dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Product development, Bitter gourd, Momordica charantia, Soup stock
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 28 Feb 2012 07:57
Last Modified: 23 Oct 2017 01:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3605

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository