Analisis beban fosfat dan pepejal terampai di Sungai Telipok, Kota Kinabalu

Johan Arwandi Jaidye, (2007) Analisis beban fosfat dan pepejal terampai di Sungai Telipok, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000439.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian fosfat dan pepejal terampai di Sungai Telipok yang dilakukan dalam tempoh 22 Disember 2006 sehingga 22 Januari 2007 adalah untuk memahami hubungan diantara kepekatan fosfat (mglˉ¹) dan pepejal terampai (mglˉ¹) terhadap luahan sungai (m³sˉ¹) dan seterusnya untuk mengukur beban harian (kghariˉ¹) fosfat dan pepejal terampai. Tiga lokasi dipilih iaitu stesen 1 yang terletak di hulu Sungai Telipok, stesen 2 yang terletak kira-kira 100 meter dari stesen 1 dan stesen 3 yang terletak di sekitar beberapa kawasan kampung di daerah Telipok. Kepekatan fosfat dicerap secara spektrofotometri manakala kepekatan pepejal terampai dianalisis menggunakan kaedah gravimetrik. Julat kepekatan fosfat bagi stesen 1, 2 dan 3 masing-masing adalah 0.11-0.44 mglˉ¹ , 0.21 -0.52 mglˉ¹ dan 0.26-0.59 mglˉ¹. Sementara itu, julat kepekatan pepejal terampai di setiap stesen 1, 2 dan 3 masing-masing benilai 16.23-17.03 mglˉ¹, 16.92-18.53 mglˉ¹ dan 15.82-18.94 mglˉ¹. Kepekatan fosfat dan luahan sungai menunjukkan hubungan songsang dimana apabila luahan sungai tinggi, kepekatan fosfat adalah rendah manakala kepekatan pepejal terampai dan luahan sungai menunjukkan hubungan terus dimana apabila luahan sungai tinggi, kepekatan pepejal terampai turut meningkat. Min beban harian fosfat dan pepejal terampai mencatatkan nilai tertinggi pada 16 Januari 2007 (hari ketiga persampelan), masing-masing adalah 2.651 kghariˉ¹ dan 269 kghariˉ¹

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Phosphate, Suspended solid, River pollution, Telipok River, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 12 Jan 2012 08:55
Last Modified: 11 Oct 2017 08:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/368

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository