Penentuan kandungan air, abu dan mineral dalam buah betik varieti foot long dan Hawaii pada peringkat kemasakan berlainan

Wan, Hoong Kit (2006) Penentuan kandungan air, abu dan mineral dalam buah betik varieti foot long dan Hawaii pada peringkat kemasakan berlainan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000438.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Analisis telah dijalankan ke atas dua varieti betik iaitu Hawaii dan foot long bagi penentuan kandungan air, abu dan mineral (iaitu Na, K, Mg, Ca, Fe dan P) pada setiap peringkat kemasakan (masak, separuh masak dan tak masak) yang berlainan. Kaedah dalam Analytical Chemistry of Foods telah digunakan dalam penentuan kandungan air dalam buah. Kandungan abu dan mineral pula ditentukan dengan menggunakan kaedah pengabuan kering dan akhirnya kepekatan mineral dalam buah ditentukan dengan menggunakan alat spektrofotometri penyerapan atom (AAS). Keputusan menunjukkan bahawa kandungan air bagi buah peringkat tak masak sangat tinggi tetapi menurun apabila mencapai peringkat masak di mana varieti Hawaii mempunyai kandungan air yang lebih tinggi berbanding varieti foot long. Kandungan abu bagi kedua-dua varieti buah meningkat apabiJa buah mencapai peringkat masak. Oleh itu, didapati peringkat kemasakan yang berlainan mempengaruhi kandungan mineral dalam kedua-dua varieti buah iaitu kepekatan mineral berkurangan dengan banyak apabila mencapai peringkat masak. Secara perbandingan, buah betik varieti Hawaii mempunyai kandungan mineral yang lebih tinggi berbanding varieti foot long

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Papaya, Foot Long, Hawaii, Content of papaya
Subjects: ?? QK710-899 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 12 Jan 2012 08:49
Last Modified: 11 Oct 2017 08:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/369

Actions (login required)

View Item View Item