Pertumbuhan dan perkembangan In Vitro Protokom Hibrid Phalaenopsis gigantea x Phalaenopsis amibilis

Aini Hidayati Pauzai, (2005) Pertumbuhan dan perkembangan In Vitro Protokom Hibrid Phalaenopsis gigantea x Phalaenopsis amibilis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000437.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan dijalankan di Makmal Tisu Kultur bertempat di Universiti Malaysia Sabah. Penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan kepekatan sukrosa dan kesan penambahan kompleks tabii seperti ekstrak pisang 20% (w/v), ekstrak kentang 20% (w/v) dan air kelapa 20% (v/v) ke atas pertumbuhan dan perkembangan protokom hibrid P. gigantea x P. amibilis. Media asas XER digunakan dalam penyelidikan ini. Terdapat 10 rawatan dan setiap rawatan mengandungi 8 replikasi. Kesemua kultur perlu disimpan dalam bilik kultur cerah pada suhu 25 ± 3°C dengan menggunakan cahaya lampu fluorescent putih dengan keamatan 89.3 lux. Cerapan data dilakukan setiap 2 minggu selama 126 hari. Parameter yang diambil kira ialah Indeks Tumbesaran (GI) protokom dan peratusan protokom yang membentuk daun. Keputusan menunjukkan rawatan dengan penambahan air kelapa (v/v) tanpa sukrosa mempunyai Indeks Tumbesaran yang paling tinggi (479.03). Indeks Tumbesaran yang paling rendah dicatatkan oleh media dengan penambahan ekstrak kentang 20% (w/v) pada kepekatan sukrosa 20glˉ¹. Indeks Tumbesaran rawatan ini ialah 367.23. ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan bererti bagi pertumbuhan dan perkembangan protokom di antara kompleks tabii yang digunakan dan tiada perbezaan bererti di antara kepekatan sukrosa yang digunakan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sucrose concentration, Phalaenopsis gigantea x Phalaenopsis amibilis, Banana homogenate, Potato extract, Coconut water
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 12 Jan 2012 08:43
Last Modified: 11 Oct 2017 08:48
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/370

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository