Hubungan antara kepimpinan pengajaran, efikasi pengajaran dan sikap guru kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M) Sekolah rendah di Sabah

Mohd. Khairuddin Abdullah @ Jerry, (2010) Hubungan antara kepimpinan pengajaran, efikasi pengajaran dan sikap guru kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M) Sekolah rendah di Sabah. PhD thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
5Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepemimpinan pengajaran guru, efikasi pengajaran dan sikap guru bahasa Melayu yang mengajar kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M) tahun satu sekolah rendah di negeri sabah. selain daripada itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap kepemimpinan pengajaran, efikasi pengajaran dan sikap guru berdasarkan kelayakan ikhtisas, pengalaman mengajar dan pengalaman mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah korelasi-deskriptif. Sampel kajian terdiri daripada 429 orang guru bahasa Melayu yang mengajar kelas intervensi awal membaca dan menu lis di seluruh negeri sabah yang dipilih secara rawak berstarifikasi. satu set soal selidik yang mengandungi lapan puluh enam item menggunakan skala likert digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Item soal selidik kepimpinan pengajaran guru diselaraskan dengan instrumen yang telah dibangunkan oleh Brophy dan Good (1986), Cremers (1994) dan Yusof Jasmin (2008). Item-item ini juga telah diselaraskan dengan instrumen pemastian standard Kementerian Pelajaran Malaysia. Item bagi mengukur efikasi pengajaran pula telah diadaptasi daripada soal selidik " Teacher Efficacy Scale' (TEs) yang dibangunkan oleh Gibson dan Dembo (1984). Manakala soal selidik sikap guru adalah berdasarkan soal selidik yang telah dibangunkan oleh Tanner C.K.,Linscott, DJ.V. & Galis, s.A (1996). Data-data dianalisis menggunakan Statistical Program for Social Science (SPSS). Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi seperti min, kekerapan, sisihan piawai, Korelasi Pearson, ANOVA sehala dan Regresi Pelbagai dioperasi untuk menganalisis hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan (i) skor min kepemimpinan pengajaran, efikasi pengajaran dan sikap guru berada pada tahap yang tinggi. (ii) analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepemimpinan pengajaran dengan sikap guru (r=.58,p<.05), efikasi pengajaran dengan sikap guru (r=.44,p<.05), dan kepemimpinan pengajaran dengan efikasi pengajaran (r=.45,p<.05). (iii) analisis ANOVA Sehala pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran dan sikap guru berdasarkan kelayakan ikhtisas, pengalaman mengajar dan pengalaman mengajar bahasa Melayu, dan efikasi pengajaran guru berdasarkan kelayakan ikhtisas. Sebaliknya dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan efikasi pengajaran guru berdasarkan pengalaman mengajar dan pengalaman mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. (iv) analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa kepemimpinan pengajaran dan efikasi pengajaran mempunyai hubungan yang saling mempengaruhi dengan sikap guru (v) semua komponen kepemimpinan pengajaran yang dikaji iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan iklim bilik darjah, pengurusan pengajaran dan pemantauan kemajuan murid memberikan sumbangan terhadap sikap guru. (vi) manakala sumbangan komponen efikasi pengajaran terhadap sikap guru adalah rendah.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:Relationship, Teacher instructional leadership, Teaching efficacy, Attitude of Bahasa Melayu, Teacher Efficacy Scale, Statistical Program for Social Science
Subjects:?? LB1025-1050.75 ??
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:3704
Deposited By:IR Admin
Deposited On:03 Aug 2012 08:33
Last Modified:03 Aug 2012 08:33

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository