Pemencilan dan pengkulturan protoplas centella asiatica

Tai, Thau Chung (2005) Pemencilan dan pengkulturan protoplas centella asiatica. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000425.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kalus diaruh daripada petiol dan daun centella asiatica dalarn medium pepejal pepejal MS+ 0.22 mg lˉ¹ 2, 4-D + 0.23 mg lˉ¹ BAP + 500 mg lˉ¹ Casein hidrolisat + 30 mglˉ¹ sukrosa, kemudian kultur sel ampaian dimulakan dalarn medium MS cecair yang sama. Selepas mendapat jisim sel ampaian yang mencukupi, pemencilan protoplas dilakukan dengan merawat kalus sel ampaian dengan larutao enzim (1 % w/v Maserozim R10, 1.5% w/v selulase R10, dan 0.5 % w/v driselase dicairkan dengan larutan media MSO + 0.6 M Manitol + 5 mM CaC1 + 3% sukrosa) dengan nilai pH5.8. Akhirnya protoplas dikulturkan dengan cara pengulturan manik agaros dengan media B5 + 2 mg lˉ¹ zeatin + manitol 9% dan sukrosa 2%. Kalus yang diaruh dari daun adalah lebih sihat dan mudah dijaga daripada kalus yang diaruh dari petiol C. asiatica. Kalus petiol mudah mati selepas proses subkultur. Dalam sel ampaian, kalus petiol turut mangalami masalah subkultur. Maka, pemencilan protoplas dari kalus petiol tidak berjaya. Bagi pemencilan dan pengkulturan protoplas dari kalus daun C. asiatica, 5 hari subkultur sel ampaian dan 1.5 X 105 protoplas ml-1 plating density memberi keputusan pembahagian sel protoplas yang paling memuaskan antara pernbolehubah yang dikaji iaitu jangkamasa subkultur sel ampaian (3, 5 dan 12 hari) dan plating density protoplas (0.5 x 10�, 1.5 X 10�,2.5 X 10� protoplas mlˉ¹).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Centella asiatica, Isolation, Cultured
Subjects: ?? QK710-899 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Jan 2012 08:38
Last Modified: 12 Oct 2017 01:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/377

Actions (login required)

View Item View Item