Analisis jangkitan malaria di Lahad Datu Sabah

Rosmini Joro, (2007) Analisis jangkitan malaria di Lahad Datu Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000433.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Suatu kajian mengenai jangkitan penyakit malaria telah dijalankan di Lahad Datu, Sabah yang bertujuan untuk menganalisis dan melihat akan kecenderungan faktor yang wujud terhadap jangkitan malaria. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan umur dan jantina yang mempunyai kadar prevalens yang tinggi serta mengkaji sekiranya wujud hubungan di antara dua faktor. Dalam kajian ini, data yang digunakan adalah berbentuk data sekunder yang diperolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Seramai 314 kes jangkitan malaria yang dilaporkan dan direkodkan pada tahun 2005. Ujian Khi-kuasa dua ketaksandaran digunakan untuk menguji sama ada wujud hubungan antara umur, jantina dan taraf kewarganegaraan. Hasil kajian mendapati bahawa kadar prevalens malaria bagi populasi di Lahad Datu ialah sebanyak 16.70 yang bermaksud dari pada 10000 orang dijangka seramai 17 orang yang akan dijangkiti penyakit malaria. Manakala mereka yang berumur 70 tahun dan ke atas mempunyai kadar prevalens yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kumpulan umur yang lain. Selain itu, lelaki mempunyai kadar prevalens yang lebih tinggi daripada perempuan. Tambahan lagi, bukan warganegara mempunyai kadar prevalens yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan warganegara serta lelaki dan perempuan bukan warganegara mempunyai kadar prevalens yang tinggi daripada lelaki dan perempuan warganegara. Daripada ujian Khikuasa dua ketaksandaran yang telah dijalankan mendapati bahawa wujudnya hubungan di antara jantina dengan pekerjaan dan begitu juga dengan hubungan di antara taraf kewarganegaraan dan lokaliti. Di samping itu, tidak wujud hubungan di antara jantina dengan lokaliti serta di antara taraf kewarganegaraan dengan pekerjaan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Malaria, Lahad Datu, Sabah
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 12 Jan 2012 07:31
Last Modified: 12 Oct 2017 01:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/380

Actions (login required)

View Item View Item