Pembangunan bar bertih beras bersama rumpai laut hijau tempatan, Caulerpa lentillifera

Tan, Elizabeth Vei Ting (2009) Pembangunan bar bertih beras bersama rumpai laut hijau tempatan, Caulerpa lentillifera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000523.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan snek bar bertih beras bersama rumpai laut hijau tempatan (caulerpa lentillifera). Formulasi terbaik dipilih menerusi ujian pemeringkatan dan ujian hedonik. Sampel F7 merupakan formulasi terbaik dengan nisbah yang sama bagi kandungan beras pulut kepada beras perang serta serbuk rumpai laut hijau pada 7.5%, gula 25%, cuka 5% dan air sebanyak 11% di mana peratusan bahan adalah berdasarkan kepada peratusan keseluruhan beras pulut dan beras perang. Keputusan analisis proksimat menunjukkan bahawa produk mengandungi 1.30±0.11% kandungan lembapan, 0.98±0.00% kandungan abu, 15.30±0.37% kandungan lemak, 5.45±0.05% kandungan protein, 1.05±0.09% kandungan serabut kasar dan 75.92% kandungan karbohidrat. Kandungan serabut diet sampel adalah 0.39g per 100g. Ujian fizikokimia iaitu kajian perubahan kandungan lembapan menunjukkan peningkatan dari 1.39±0.06% pada minggu ke-0 hinggalah 6.28±0.01% pada minggu ke-8. Ujian mikrobiologi bagi kiraan bakteria meningkat dari 2.4 x 10² cfu/g kepada 19.6 x 10³ cfu/g pada minggu ke-8. Kiraan yis dan kulat juga meningkat dari 10 cfu/g kepada 4.25 x 10³cfu/g pada minggu ke-8. Ujian sensori perbandingan berganda menunjukkan perbezaan bererti (p<0.05) bagi atribut warna, kerangupan, rasa rumpai laut, rasa beras dan penerimaan keseluruhan antara sampel segar dengan sampel minggu ke-6. Bagi atribut bau ketengikan pula, perbezaan signifikan (p< 0.05) dikesan antara sampel segar dengan sampel pada minggu ke-8. Ujian pengguna yang telah dijalankan menunjukkan bahawa produk ini mempunyai potensi untuk diperkembangkan serta dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, Rice puffed snack with local green seaweed, Caulerpa lentillifera, Brown rice, Green seaweed powder
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Apr 2012 02:32
Last Modified: 23 Oct 2017 03:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3835

Actions (login required)

View Item View Item