Penentuan komposisi proksimat, asid lemak, a-tokoferol dan serabut dietari ke atas varieti kacang tanah yang ditanam di Sabah

Lau, Chuet Nee (2009) Penentuan komposisi proksimat, asid lemak, a-tokoferol dan serabut dietari ke atas varieti kacang tanah yang ditanam di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000525.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kandungan lembapan, abu, protein kasar, lemak kasar, serabut kasar, karbohidrat, komposisi asid lemak, kandungan a-tokoferol dan serabut dietari telah dikaji dalam tiga varieti kacang tanah yang ditanam di Sabah. Kacang Raja, kacang Sandau Triplets dan kacang MGNT V1 yang dikajikan merupakan kultivar Spanish-Valencia. Komposisi proksimat kacang tanah tersebut ditentukan dengan merujuk kepada kaedah rasmi AOAC. Keputusan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga varieti kacang tanah tersebut mengandungi lemak yang tinggi iaitu dalam lingkungan 49.44-51.34%. Varieti kacang Sandau Triplets mempunyai kandungan lemak yang tertinggi (51.34% ± 0.29) tetapi tidak berbeza secara signifikan (p>0.05) dengan Kacang Raja (51.16%±0.09). Kandungan protein dalam Kacang Raja adalah paling tinggi (30.77%+0.03) dan mempunyai perbezaan signifikan (p<0.05) dengan dua varieti kacang tanah yang lain. Kandungan lembapan, abu dan serabut kasar bagi tiga varieti kacang tanah tersebut adalah dalam lingkungan 4.41-5.90%, 1.66-1.72% dan 3.41-5.87% masing-masing. Komposisi asid lemak kacang tanah dianalisiskan dengan kromatografi gas dengan merujuk kepada kaedah piawai IUPAC. Asid-asid lemak yang utama dalam Kacang Raja, kacang Sandau Triplets dan kacang MGNT V1 adalah asid oleik (37.35-50.82%), asid linoleik (21.14-32.95%) dan asid palmitik (9.46-14.0%). Kandungan a-tokoferol dalam kacang tanah tersebut juga ditentukan dengan kromatografi gas dan nilai-nilai yang didapati adalah dalam lingkungan 19.81-21.76mg/100g. Serabut dietari kacang tanah ditentukan secara enzimatik-gravimetrik. Keputusan telah menunjukkan bahawa Kacang Raja mengandungi jumlah serabut dietari tertinggi iaitu 8.10g/100g, diikuti oleh kacang Sandau Triplets 7.41g/100g) dan kacang MGNT V1 (7.33g/100g). Pengambilan Kacang Raja adalah digalakkan kerana mengandungi protein dan asid-asid lemak mono tak tepu yang tinggi yang dapat memberikan manfaat terhadap kesihatan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, Groundnuts, Crude protein, Crude fat, Carbohydrate content, Fatty acid composition, a-tocopherol, Dietary fiber, Kacang raja, Bandau triplets, MGNT V1
Subjects: ?? SB320-353.5 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 20 Apr 2012 07:23
Last Modified: 23 Oct 2017 03:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3837

Actions (login required)

View Item View Item