Kajian perifiton sebagai penunjuk biologi dipelbagai kawasan Sungai Kiulu, Sabah

Fenner Anak Benard Siew, (2007) Kajian perifiton sebagai penunjuk biologi dipelbagai kawasan Sungai Kiulu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2570Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan spesies perifiton Pinnularia stricta dijadikan sebagai penunjuk kepada pencemaran di Sungai Kiulu, Sabah. Persampelan telah dijalankan tiga bulan iaitu pada September, Oktober, dan November 2006 di mana setiap persampelan telah dijalankan dua kali sebulan. Sebanyak tiga stesen telah dipilih untuk kajian ini dan satu stesen kawalan di huiu Sungai Kiulu. Persampelan telah dijalankan bagi setiap stesen dengan tiga replikat. Status kualiti air Sungai Kiulu ditentukan oleh enam parameter iaitu oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan kimia oksigen (COD), ammonia-nitrogen (AN), jumlah pepejal terampai (TSS), dan nilai pH. Keputusan min tiga bulan persampelan yang diperoleh bagi analisis kualiti air Sungai Kiulu adalah DO (3.82 - 4.09mg/L), BOD (0.17 - 0.27mg/L), COD (2.00 - 12.00mg/L), AN (0.010 - 0.015mg/L), TSS (0.03 - 3.47mg/L), dan pH (7.11 - 7.90). Sebanyak 30 spesies perifiton telah dikenalpasti di mana spesies bersih Pinnularia stricta merupakan spesies yang mendominasi semua stesen kajian. Terdapat hubungan di antara kepadatan perifiton dan makroinvetebrata di Sungai Kiulu di mana kepadatan makroinvebrata order EPT bergantung kepada kepadatan perifiton Pinnularia stricta. Secara keseluruhan, Indeks Kualiti Air (IKA) bagi Sungai Kiulu adalah pada Kelas 3 menurut piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Periphyton, Water pollution, Kiulu River, Sabah, Pinnularia stricta
Subjects:?? TD172-193.5 ??
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:384
Deposited By:IR Admin
Deposited On:10 Jan 2012 18:15
Last Modified:10 Jan 2012 18:15

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository