Penggunaan rumpai laut dalam krim untuk kek sandwich

Noorelizawati Nordin, (2004) Penggunaan rumpai laut dalam krim untuk kek sandwich. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000531.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menggunakan halwa rumpai laut dalam krim untuk kek sandwich. Pada peringkat awal, 12 formulasi yang terdiri daripada tiga jenis perisa krim telah diuji. Setiap perisa ini mempunyai empat formulasi yang berbeza dari segi peratus penggunaan halwa rumpai laut dan bahan campuran kering dalam formulasi. Ujian pemeringkatan dilakukan untuk memilih satu bagi setiap jenis formulasi krim yang paling sukai. Ujian peringkat kedua iaitu ujian skala hedonik telah dijalankan untuk menentukan satu formulasi yang terbaik daripada tiga formulasi terpilih pada peringkat pertama. Analisis ANOVA digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Formulasi krim yang terbaik ialah krim perisa oren (formulasi 537) yang mengandungi 18% halwa rumpai laut dan 12% hirisan kulit limau. Skor min tertinggi diperolehi bagi atribut aroma, tekstur, kepadatan rumpai laut dan penerimaan keseluruhan yang masing-masing ialah 5.57 ± 1.04, 5.70 ± 0.95, 5.87 ± 0.86 dan 5.33 ± 1.03. Analisis proksimat telah dijalankan ke atas formulasi yang terbaik. Analisis menunjukkan formulasi ini mengandungi air sebanyak 21 .30 - 22.57%, abu sebanyak 0.57 - 0.65% , protein sebanyak 2.75 - 3.05%, serabut kasar sebanyak 0.62 - 0.75%, lemak kasar sebanyak 26.34 - 27.51 % dan karbohidrat sebanyak 46.77 - 47.12%. Secara keseluruhannya, formulasi krim perisa oren yang mengandungi 18% halwa rumpai laut ini mempunyai potensi yang baik untuk dijadikan sebagai bahan lapisan untuk kek.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Seaweeds, Cream sandwich cake
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 19 Apr 2012 00:23
Last Modified: 23 Oct 2017 03:08
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3843

Actions (login required)

View Item View Item