Pembangunan produk jus minuman Wheatgrass dengan daun ketumbar (Coriandrum sativum)

Wong, Jian Der (2009) Pembangunan produk jus minuman Wheatgrass dengan daun ketumbar (Coriandrum sativum). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000510.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan minuman jus wheatgrass campuran daun ketumbar yang merupakan produk baru di pasaran. Kajian awal melibatkan penghasilan 9 formulasi. Pemilihan formulasi dilakukan melalui ujian pemeringkatan BIB dan 3 formulasi terbaik (F7, F4 dan F1) dipilih. Seterusnya, ujian hedonik tujuh skala dijalankan dan formulasi F1 (30% jus wheatgrass, 5% jus daun ketumbar, 6% gula, 0.05% CMC dan 58.95% air) dipilih sebagai formulasi terbaik kerana mempamerkan nilai skor min yang tertinggi bagi atribut warna, aroma, aftertaste, keseimbangan rasa dan penerimaan keseluruhan. Analisis proksimat menunjukkan formulasi F1 mengandungi 93.60±0.04% kandungan lembapan, 0.04±0.02% abu, 0.60±0.04% protein, 0.15±0.06% lemak, 0.35±0.15% serabut kasar dan 5.25±0.00% karbohidrat. Minuman jus disimpan pada suhu S±l°C selama 12 hari untuk ujian mutu simpanan. Ujian fizikokimia menunjukkan penurunan pH (6.06±0.01 kepada 4.79±0.01) dan penurunan nilai pepejal larut (6.00±0.00 kepada 5.45±0.06 °brix) mempunyai perbezaan signifikan (p<0.O5) sepanjang tempoh penyimpanan. Ujian perbandingan berganda menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) untuk atribut warna dan aroma dengan jus segar. Ujian mikrobiologi pula menunjukkan bahawa minuman jus mempunyai jangka hayat penyimpanan selama 6 hari kerana telah melebihi muatan mikrobial iaitu 10� CFU/ml pada hari penyimpanan ke-9. Ujian pengguna dilakukan dengan menggunakan ujian hedonik 5 skala dan hasil menunjukkan nilai skor min bagi penerimaan keseluruhan adalah 3.64±0.99, menandakan tahap penerimaan pengguna adalah sedikit suka terhadap minuman jus ini. Seramai 29% pengguna didapati akan membeli minuman jus ini, 14% tidak akan membeli dan selebihnya 57% mungkin akan membeli sekiranya produk dipasarkan. Ini menunjukkan minuman jus ini mempunyai potensi pemasaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Juice drink, Chinese parsley, Proximate analysis, Coriandrum sativum
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Apr 2012 07:43
Last Modified: 23 Oct 2017 03:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3858

Actions (login required)

View Item View Item