Pembangunan produk sorbet campuran tomato dan bit

Ng, Kar Yen (2010) Pembangunan produk sorbet campuran tomato dan bit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000512.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif utama kejian ini adalah untuk mengkaji formulasi yang terbaik untuk menghasilkan produk sorbet campuran tomato dan bit. Formulasi terbaik yang telah dipilih adalah formulasi tiga (F3) daripada lapan formulasi yang telah disediakan. Mengikut formulasi tiga, bahan-bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk sorbet campuran tomato dan bit adalah sebanyak 30 peratus tomato, 10 peratus bit, 25 peratus madu dan 35 peratus air. Pemilihan formulasi terbaik antara lapan formulasi adalah dijalankan dengan ujian pemeringkatan BIB dan ujian hedonik. Selain itu, ujian pengguna telah dijalankan untuk mengkaji tahap penerimaan para pengguna terhadap produk sorbet ini dengan keputusan yang menunjukkan penerimaan para pengguna terhadap warna adalah 3.68, 3.33 bagi aroma, 3.55 bagi rasa tomato dan bit, 3.41 bagi kemanisan, 3.46 bagi smoothness dan 3.49 bagi penerimaan keseluruhan. Ini menunjukkan tahap penerimaan para pengguna terhadap produk sorbet adalah berada dalam lingkungan 'tiada suka atau tidak suka' dan 'sedikit suka'. Ujian proksimat yang telah dijalankan menunjukkan kandungan jumlah kelembapan dalam produk sorbet ini adalah sebanyak 79.29 peratus, 2.42 peratus kandungan abu, 1.21 peratus kandungan lemak, 15.37 peratus kandungan protein, 1.02 peratus kandungan serabut kasar dan 0.68 peratus kandungan karbohidrat. Ujian mutu simpanan yang dijalankan menunjukkan hayat penstoran produk sorbet ini adalah selama enam minggu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tomato, Beetroot sorbet
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Apr 2012 08:50
Last Modified: 23 Oct 2017 03:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3860

Actions (login required)

View Item View Item