Kajian Escherichia coli di Sungai Inanam dan Rantau Likas, Sabah

Tan, Mei Shin (2007) Kajian Escherichia coli di Sungai Inanam dan Rantau Likas, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000430.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Sampel-sampel air daripada Sungai Buat dan Rantau Likas telah diuji untuk mengetahui kehadiran Escherichia coli dan tahap pencemaran air oleh bahan kumbahan di kedua-dua lokasi tersebut. 5 stesen telah dipilih untuk setiap lokasi kajian dan persampelan dilakukan sebanyak 6 kali di antara 15 November 2006 hingga 17 Januari 2007 dengan menggunakan kaedah penapisan membran (Membrane Filtration Method) menurut Standard Methods fat the Examination of Water and Wastewater. Data yang diperoleh menunjukkan sampel air bagi Sungai Buat dan Rantau Likas mempunyai bilangan E.coli yang paling tinggi pada bulan Disember dengan min E.coli 1739 CFU/100ml bagi Sungai Buat dan 1764 CFU/100ml bagi Rantau Likas. Faktor iklim dan kedudukan lokasi kajian memainkan peranan yang penting dalam bacaan min E.coli yang diperolehi. Keputusan kajian ini juga menunjukkan bahawa kualiti air di Sungai Buat dan Rantau Likas pada ketiga-tiga bulan November, Disember dan Januari adalah dikategorikan dalam kelas IIB mengikut Piawaian Kualiti Air Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Fecal pollution, Escherichia Coli, Membrane Filtration Method, APHA standard, National Water Quality Standards for Malaysia, Sungai Buat, Rantau Likas
Subjects: ?? TD172-193.5 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Jan 2012 08:42
Last Modified: 12 Oct 2017 01:50
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/387

Actions (login required)

View Item View Item