Kajian struktur morfologi luaran untuk identifikasi genus acari yang disampel di ladang kelapa sawit

Nur Ezzati Adilah Naharuddin, (2015) Kajian struktur morfologi luaran untuk identifikasi genus acari yang disampel di ladang kelapa sawit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kajian struktur morfologi luaran.pdf

Download (10MB)

Abstract

Kajian telah dijalankan di ladang Kelapa Sawit, Sekong, Sabah yang telah berumur 10 tahun bagi mengkaji struktur morfologi luaran untuk mengenalpasti genus Acari. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan mengecam genus-genus dalam sub-kelas Acari yang terdapat di kelapa sawit dengan menggunakan struktur morfologi luaran invertebrata tersebut. Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan untuk melihat perbezaan struktur morfologi luaran antara genus Acari yang berbeza. Objektif ketiga kajian ini adalah untuk membina kekund dikotomi hasil daripada penggunaan struktur morfologi luaran, yang dapat digunakan untuk pengenalpastian Acari pada aplikasi yang akan datang. Penyampelan tanah telah dilakukan secara rawak di kawasan ladang kelapa sawit. Teknik radasBerlese-Tullgren telah digunakan untuk mengekstrak kutu Acari daripada sampel tanah. Kerja-kerja pengecaman genus Acari dilakukan di Makmal Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah. Ori-ciri morfologi yang digunakan untuk pengecaman genus-genus Acari ini adalah struktur setae, lamella, kuku, stigmata dan bilangan segmen pada kaki. Principal Component Analysis (PCA), telah digunakan bagi mengekstrak data daripada penggunaan struktur morfologi luaran Acari tersebut. PCA telah mengenalpasti dua komponen yang penting dalam melakukan pengecaman Acari, yang menerangkan sebanyak 99.993% dari kepelbagaian set data. Kajian ini telah mendapati bahawa struktur yang penting dalam pengecaman dan pengenalpastian Acari adalah struktur setae, stigmata dan lamella. Hasil analisis ini disokong oIeh keputusan ANOVA satu hala yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti pada struktur setae, kuku, stigmata, bilangan segmen pada kaki Acari tersebut (P=0.000). Sebagai kesimpulannya, kajian ini secara signifikan menyokong kajian terdahulu bahawa genus Acari dapat dikenalpasti melalui penggunaan struktur morfologi luaran. Kajian yang dijalankan ini dapat membantu dalam menyediakan data asas dalam proses pengecaman dan pengenalpastian genus Acari melalui struktur morfologi luaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: genus, oil palm plantation, morphological structures
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira
Date Deposited: 24 Jul 2018 01:22
Last Modified: 24 Jul 2018 01:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39

Actions (login required)

View Item View Item