Kandungan logam buat Cd, Cu, Pb, Zn dalam tiram (Crossostrea Iredalei)

Michael Yasun, (2005) Kandungan logam buat Cd, Cu, Pb, Zn dalam tiram (Crossostrea Iredalei). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000423.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengukur dan membandingkan kepekatan logam berat pada organ terpilih tiram-tiram ternakan (Crassostrea iredalei) di perairan Mengkabong dan Karambunai Baru menggunakan AAS dan menilai sama ada tiram-tiram yang diternak itu selamat untuk dimakan oleh manusia dengan membuat perbandingan dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturannya 1985. Organ yang dikaji ialah insang, perut dan tisu otot. Kaedah pengabuan basah digunakan untuk penghadaman sampel tiram. Kepekatan logam berat ditentukan dengan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom. Hasil daripada kajian yang dilakukan, min kepekatan bagi logam kadmium di dalam tiram di stesen Karambunai Bam adalah sangat tinggi (0.09 ± 0.06 mg/kg) jika dibandingkan kepekatan logam berat kadmium di dalam tiram di stesen Mengkabong (0.06 ± 0.05 mg/kg). Logam plumbum di dalam tiram paling dominan di stesen Karambunai Baru iaitu sebanyak (1.01 ± 0.53 mg/kg) jika dibandingkan tiram di stesen Mengkabong (0.60±0.35 mg/kg). Bacaan kepekatan logam zink yang tinggi di dalam sampel tiram pada stesen Karambunai Barn iaitu sebanyak (22.51±16.67 mg/kg) berbanding kepekatan logam zink di stesen Mengkabong (14.56 ±22.88 mg/kg). Walaubagaimanapun, logam kuprum di dalam tiram yang dibeli dari stesen Mengkabong memberi bacaan yang tinggi iaitu (4.14±3.33 mg/kg) berbanding di dalam tiram di Karambunai Baru (2.92±2.54 mg/kg). Secara umumnya, kesemua logam berat dalam tiram di kedua-dua stesen berada pada tahap yang dibenarkan oleh Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturannya 1985 (Malaysia).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Oysters, Crassostrea iredalei, Heave metal, Mengkabong, Karambunai Baru, Sabah
Subjects: ?? SH20.3-191 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Jan 2012 10:06
Last Modified: 12 Oct 2017 01:52
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/391

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository