Penghasilan dan pemprosesan minima buah- buahan terpilih

Priscilla Dindang Anak Kasim, (2005) Penghasilan dan pemprosesan minima buah- buahan terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000535.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Buah-buahan yang diproses minima adalah satu makanan sedia dimakan yang semakin mendapat tempat dalam pilihan pemakanan pengguna. Dalam kajian ini, objektifnya adalah menentukan indeks kematangan buah yang digemari pengguna sebagai hasilan pemprosesan minima serta mengetahui suhu dan pembungkusan yang sesuai digunakan bagi hasilan pemprosesan minima. Tiga jenis buah-buahan tempatan digunakan iaitu buah nanas (Ananas comosus Men), buah tembikai ( Citrus lanatis) dan buah betik (Caricca papaya lin.) Tiga julat suhu yang dikaji iaitu suhu 25-28°C, 10-16°C dan 2-8°C. Tiga pembungkusan yang turut dikaji adalah bekas plastik polipropilena, bekas plastik polistirena dan plastik polietilena. Analisis fizikokimia seperti pH, jumlah pepejal terlarut dan kandungan asid sitrik bagi setiap sampel buah turut diambil. Analisis sensori dilakukan oleh lapan ahli panel (n=8) setiap hari bagi menentukan perubahan dalam atribut warna, aroma, tekstur dan rasa sehingga buah hasilan pemprosesan minima tidak lagi dapat diterima dan dikatakan rosak. Daripada ujian pemilihan indeks kematangan buah oleh 30 orang ahli panel, buah yang dipilih adalah buah nanas (varieti Morris) pada indeks kematangan 4, buah tembikai (varieti Quality) pada indeks kematangan 2 dan buah betik (varieti Eksotika) pada indeks kematangan 4. Hasil analisis fizikokimia menunjukkan penurunan pH buah- buahan yang dikaji daripada pH asal, penurunan jumlah pepejal terlarut kesemua buah dan kandungan asid sitrik yang semakin meningkat. Bagi analisis sensori pula, buah nanas yang mempunyai jangka hayat paling lama adalah dalam suhu 2-8°C dengan pembungkusan polipropilena selama tujuh hari, buah tembikai dengan jangka hayat enam hari dalam suhu 2-8°C dengan pembungkusan polipropilena dan buah betik yang mempunyai jangka hayat tujuh hari dengan pembungkusan dan suhu yang saran dengan buah nanas dan betik. Keputusan mikroorganisma ketiga- tiga buah menunjukkan peningkatan dalam bilangan koloni mikroorganisma dan yis serta kulat. Bilangan kiraan koloni mikroorganisma dalam buah hasilan pemprosesan minima adalah dikaitkan dengan jangka hayat penyimpanan buah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, Plastics packages, Pineapple, Ananas comosus Merr., Watermelon, Citrus lanatis, Papaya, Caricca papaya lin., Plastic packages, Polypropylene, Polystyrene, Polyethylene
Subjects: ?? HD9000-9495 ??
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Apr 2012 07:31
Last Modified: 23 Oct 2017 03:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3988

Actions (login required)

View Item View Item