Kajian mengenai pemakanan, pengetahuan, sikap dan amalan pencegahan kanser di kalangan kakitangan awam lelaki dan wanita di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah

Maria Bernard Sarimuda, (2010) Kajian mengenai pemakanan, pengetahuan, sikap dan amalan pencegahan kanser di kalangan kakitangan awam lelaki dan wanita di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000540.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, amalan dan sikap terhadap pencegahan kanser di kalangan kakitangan awam lelaki dan wanita di negeri Sabah. Responden bagi kajian ini merupakan golongan kakitangan awam di pelbagai jabatan bertempat di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah. Seramai 206 orang responden telah mengambil bahagian dalam kajian ini yang menggunakan borang soal selidik,borang Kekerapan Pengambilan Makanan dan Ingatan Diet 24 Jam. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan keseluruhannya adalah sangat memuaskan. Ini dibuktikan dengan skor markah tahap pengetahuan 83.01%. Dari segi amalan, hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat 146 (70.87%) orang tidak bersenam, 64 (31.1%) orang merokok dan 148 (71 .8%) orang mengambil alkohol. Sikap responden terhadap pencegahan kanser adalah memuaskan (66.02%). Dari segi pemakanan, seramai 91 (42.2%) orang mematuhi syor pengambilan tenaga oleh RNI (2005). Min pengambilan tenaga ialah 2282.68 ± 240.97kcal/hari. Didapati bahawa pengambilan makanan yang boleh membantu mencegah kanser seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang dimakan oleh responden hampir setiap hari. Hasil kajian ini menunjukkan perhubungan yang signifikan (i) tahap pengetahuan dengan sikap (rs=0.403, p=0.000), (ii) sikap dan amalan (rs=0.273, p=0.000) dan (iii) pengetahuan dan amalan (rs=0.143, p=0.04). Tahap pengetahuan dan amalan responden tidak menunjukkan perbezaan antara jantina. Sikap pencegahan kanser adalah berbeza dari segi jantina (p=0.019). Dicadangkan bahawa lebih banyak maklumat mengenai kanser, faktor-faktor risikonya dan cara pencegahan kanser perlu disebarkan kepada orang ramai untuk membolehkan mereka meningkatkan pengetahuan dan seterusnya dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mencegah kanser dan penyakit berbahaya yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Health, Cancer, Cancer prevention, Civil servants, Sabah Federal Administration Centre,
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine > RC0254 Neoplasms. Tumors. Oncology (including Cancer)
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 May 2012 00:25
Last Modified: 23 Oct 2017 03:31
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3993

Actions (login required)

View Item View Item