Persepsi pengguna ke atas perakuan pemakanan sihat pada label makanan

Norliyana Izwan Remli, (2010) Persepsi pengguna ke atas perakuan pemakanan sihat pada label makanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000545.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif utama tesis ini adalah untuk mengkaji pengetahuan pengguna ke atas perakuan pemakanan sihat di label makanan, mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pembelian produk makanan yang mempunyai perakuan pemakanan dan mengetahui samada wujudnya hubungan antara pengetahuan dan persepsi pengguna terhadap pelabelan makanan. Borang soal selidik digunakan di 4 buah kompleks membeli belah di Kota Kinabalu dan seramai 370 responden telah mengambil bahagian. Soal selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu demografi, factor pembelian, pengetahuan pengguna dan persepsi ke atas perakuan pemakanan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan responden adalah dalam keadaan yang lemah iaitu sebanyak 33.5% memperoleh skor <50%. Responden masih mempunyai masalah dalam mengenalpasti jenis-jenis perakuan pemakanan dan menganggap bahawa perakuan pemakanan adalah akuan untuk mengelakkan penyakit. Responden dapat memahami dengan baik peraturan mengenai perakuan dan pelabelan makanan. Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpasti mempengaruhi pembelian produk yang mempunyai perakuan pemakanan. Terdapat hubungan yang signifikan antara factor seperti harga, kandungan lemak, kepuasan hati dan rupa luaran dalam mempengaruhi faktor pembelian oleh pengguna (p<0.05). Ujian korelasi menunjukkan hubungan yang lemah antara faktor pembelian dan kepentingan perakuan pemakanan kepada pengguna. Terdapat hubungan signifikan antara tahap pengetahuan dan kepentingan perakuan pemakanan (p<0.05). Hubungan signifikan wujud antara tahap pengetahuan dalam mempengaruhi faktor pembelian (p<0.05). Hasil ujian deskriptif menunjukkan persepsi pengguna ke atas perakuan pemakanan dan pelabelan dalam keadaan sederhana kerana hasil min adalah di antara 2 dan 3 dan dalam julat tidak pasti dan setuju. Hal ini menunjukkan bahawa responden masih kurang jelas akan kepentingan pelabelan dan perakuan pemakanan. Kesimpulannya, tahap pengetahuan pengguna berkait rapat dengan persepsi pengguna ke atas perakuan pemakanan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, Nutrition claim, Food labeling, Demographic, Purchasing factors, Consumer's perception of nutrition
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 22 May 2012 07:05
Last Modified: 23 Oct 2017 03:40
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3999

Actions (login required)

View Item View Item