Tingkah laku seksual berisiko di kalangan lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki

Hua, Wen yuan (2007) Tingkah laku seksual berisiko di kalangan lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000411.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada faktor-faktor sosio-demografik, sosio-konteks, dan kesihatan saling berkaitan dengan tingkah laku seksual. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sama ada ketiga-tiga faktor tersebut bersifat sebagai pembolehubah perantara dalam memperantarakan hubungan antara pengaruh norma rakan sebaya terhadap penggunaan kondom dengan kelakuan seksual berisiko di kalangan lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki di Malaysia. Sebanyak 150 orang responden yang berumur antara 18 hingga 50 tabun, lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki telah ditemuramah secara rawak daripada 12 negeri dan 2 Wilayab Persekutuan di Malaysia. Kajian ini membuktikan seramai 45 (96.7%), 76 (50.7%),80 (53.3%) orang responden pernah mempraktikkan seks oral berisiko, seks anal pemasukan berisiko, serta seks anal penerimaan berisiko masing-masing dalam tempoh enam bulan tersebut. Kaedah ketaksandaran khi kuasa dua digunakan untuk menguji hubungan antara faktor-faktor sosio-demografik, sosio-konteks, dan kesihatan dengan tingkah laku seksual berisiko. Kajian ini melaporkan pembolehubah berhubungan seks dengan pasangan tetap dan tidak tetap, serta berhubungan seks dengan pasangan tetap dan tidak tetap atas ketibaan alkohol adalah bersandar dengan pembolehubah seks anal jenis pemasukan berisiko. Selain itu, pembolehubah status pekerjaan, serta berhubungan seks dengan pasangan tetap dan tidak tetap adalah bersandar dengan pembolehubah seks anal jenis penerimaan berisiko. Keputusan menunjukkan bahawa ketiga-tiga kategori pembolehubah-pembolehubah sosio-demografik, sosio-konteks, dan kesihatan tidak bersifat sebagai pembolehubah perantara dalam memperantarakan perhubungan antara tingkah laku berisiko dengan pengaruh norma rakan sebaya terhadap penggunaan kondom.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Men who have sex with men, MSM, Gay, Homosexual, Bisexual, Sexual behavior
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 11 Jan 2012 02:39
Last Modified: 12 Oct 2017 02:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/406

Actions (login required)

View Item View Item