Tumbuhan ubatan di Kampus Universiti Malaysia Sabah, Teluk Sepanggar

Seow, Lee Yan (2007) Tumbuhan ubatan di Kampus Universiti Malaysia Sabah, Teluk Sepanggar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000408.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Satu kajian terhadap tumbuhan ubatan telah dijalankan di rintis Lembah Pemuliharaan Ex-situ, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Objektif-objektif kajian ini adalah (a) untuk mengenalpasti tumbuhan ubatan di rintis Lembah Pemuliharaan Ex-situ, (b) untuk mengkaji taburan tumbuhan ubatan supaya dapat dipulihara dan penggunaan tumbuhan ubatan tersebut didokumentasikan, dan (c) penyaringan fitokimia dan analisis minyak pati ke atas daun Melastoma malabathricum. Kaedah penyelidikan ini terdiri daripada pemilihan plot yang bertabur secara sistematik di sepanjang 600m rintis kajian. Spesies tumbuhan ubatan yang terdapat di dalam plot kajian telah diidentifikasikan dan penggunaannya dalam perubatan tradisional telah didokumentasi berpandukan sumber rujukan yang diterbitkan. Dalam kajian ini, sebanyak 32 spesies tumbuhan ubatan daripada 26 famili telah dikenalpasti di mana majoriti adalah jenis pokok. Kebanyakan tumbuhan ubatan mempunyai taburan di sepanjang 300m pertama rintis kajian tersebut di mana faktor-faktor kecerunan tanah, kesuburan tanah dan litupan kanopi didapati mempengaruhi taburannya. Tumbuhan ubatan yang merupakan spesies langka adalah Leukosyke capitellata dan Urena lobata. Manakala spesies dominan di kawasan kajian adalah M. malabathricum. Penyaringan fitokimia secara teknik kromatografi lapisan nipis ke atas daun M. malabathricum telah menunjukkan ujian positif terhadap alkaloid, steroid, terpene, flavonoid, glikolipid, saponin dan tanin. Manakala analisis minyak pati dengan menggunakan kaedah kromatografi gas spektrometer jisim menunjukkan kehadiran dua komponen kimia yang utama iaitu 1-Pentanone,4-hydroxy-4-methyl-l-phenyl dan tridecanoic acid. Secara ringkasnya, kajian terhadap tumbuhan ubatan adalah diharapkan supaya isu pemuliharaan dan pengurusan tumbuhan ubatan secara mapan dapat dititikberatkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Medicinal plants, Essential oil, Phytochemical screening, Melastoma malabathricum, UMS campus
Subjects: ?? QK710-899 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 10 Jan 2012 09:58
Last Modified: 12 Oct 2017 02:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/410

Actions (login required)

View Item View Item