Penyelidikan ke atas pengetahuan dan persepsi pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah mengenai amalan pemakanan vegetarian

Noorhanira Hamid, (2010) Penyelidikan ke atas pengetahuan dan persepsi pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah mengenai amalan pemakanan vegetarian. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000554.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menentukan tahap pengetahuan dan persepsi pelajar-pelajar UMS mengenai amalan pemakanan vegetarian serta mengetahui faktor utama pemilihan makanan oleh pelajar vegetarian dan bukan vegetarian, mengenal pasti jenis makanan dan kekerapan pengambilan makanan vegetarian. Kaedah yang digunakan adalah tinjauan menggunakan borang soal selidik dan borang kekerapan pengambilan makanan (FFQ). Jumlah responden yang diperolehi ialah 400 orang yang terdiri daripada 77.5%(310) perempuan dan 22.5% (90) lelaki. Responden ini dibahagikan kepada kumpulan vegetarian dan bukan vegetarian iaitu masing-masing 7% (28) dan 93% (372) responden. Julat umur responden adalah antara 18 hingga 26 tahun. Peratus tahap pengetahuan tertinggi responden vegetarian ialah 46.4% dan bukan vegetarian ialah 41.4% di mana skor markah adalah antara tujuh hingga sembilan markah iaitu berada pada tahap pengetahuan sederhana. Terdapat hanya sedikit perbezaan tahap pengetahuan baik antara responden vegetarian dan bukan vegetarian iaitu beza peratus 3.5% di mana skor markah ialah 10 hingga 12 markah. Manakala 5.9% responden bukan vegetarian dan 3.6% responden mendapat skor markah 13 hingga 15 di mana berada tahap pengetahuan sangat baik. Agama dan kepercayaan menjadi faktor utama pemilihan makanan bagi respond en vegetarian dan bukan vegetarian. Persepsi respond en mengenai amalan pemakanan vegetarian berada pada tahap sederhana di mana nilai min keseluruhan ialah 3.38. Terdapat hubungan signifikan yang lemah antara tahap pengetahuan dengan jumlah persepsi di mana p=0.014 (p<0.05) dan r=0.122. Kesimpulannya, persepsi pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah mempengaruhi tahap pengetahuan mereka terhadap amalan pemakanan vegetarian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Vegetarian dietary, Non vegetarian, Vegetarian, UMS students
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 May 2012 00:22
Last Modified: 23 Oct 2017 03:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4133

Actions (login required)

View Item View Item