Program makanan tambahan bagi kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan Panampang, Sabah

Nurul Liyana Zainuddin, (2009) Program makanan tambahan bagi kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan Panampang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000555.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan makanan tambahan iaitu susu tepung penuh krim dan multivitamin yang diberi dalam meningkatkan berat badan kanak-kanak kekurangan zat makanan, mengenalpasti sebab-sebab yang menyumbang kepada kegagalan program dan menilai kandungan zat makanan dalam susu tepung penuh krim. Sebanyak 52 orang responden dari Klinik Kesihatan Penampang, Klinik Desa Limbanak, Klinik Desa Babagon, Klinik Desa Nosoob dan Klinik Desa Moyog terlibat dalam temubual bersama penyelidik. Data diperolehi melalui borang soal selidik penilaian program makanan tambahan. Data dianalisa dengan menggunakan SPSS versi 12. Ujian statistik berpasangan t digunakan untuk mengkaji berat dan status kanak-kanak sebelum dan selepas menerima makanan tambahan pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian menunjukkan nilai p bagi berat ialah p=0.00 dan status ialah p=0.038. Ini menunjukkan ada perbezaan signifikan sebelum dan selepas kanak-kanak menerima makanan tambahan. Taburan frekuensi digunakan untuk menganalis sebab-sebab yang menyumbang kegagalan program iaitu 5.8% kanak-kanak tidak menyukai rasa susu dan multivitamin, 3.8% multivitamin tidak dimakan mengikut arahan oleh anggota kesihatan, 7.7% kanakkanak berkongsi dengan ahli keluarga lain, tahap pengetahuan ibu kurang memuaskan iaitu 42.3% ibu tidak dapat menjawab soalan berkaitan pemakanan dengan baik, 44.2% ibu tidak tahu sebab utama anak mendapat makanan tambahan dan 19.2% ibu tidak pernah melihat kad kesihatan anak mereka. Analisis proksimat dijalankan ke atas susu tepung dan nilai yang diperolehi ialah lembapan 2.85%, lemak 26.04%, protein 26.7%, serabut kasar 0%, abu 4.69% dan karbohidrat 36.3%. Nilai ini tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan nilai pada label dan komposisi nutrien dalam makanan Malaysia. Kesimpulannya pengetahuan dan kesedaran di kalangan ibubapa penting dalam meningkatkan keberkesanan program makanan ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Supplementary feeding, Malnutrition children, Supplement food, Multivitamin, Nutrient content, Penampang, Sabah
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 25 May 2012 00:04
Last Modified: 23 Oct 2017 03:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4134

Actions (login required)

View Item View Item