Persepsi dan pilihan makanan berkalori tinggi di kalangan pelajar sekolah rendah di Kota Kinabalu, Sabah

Ong, Por Lim (2009) Persepsi dan pilihan makanan berkalori tinggi di kalangan pelajar sekolah rendah di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000558.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini diadakan bertujuan mengetahui pilihan makanan yang tinggi kalori oleh kanak-kanak sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah, dan juga persepsi mereka tentang makanan berkalori tinggi, keburukan yang akan dihadapi oleh mereka sekiranya mereka memakan makanan tersebut dengan kuantiti yang banyak dan juga perbandingan di antara kanak-kanak yang berada di kawasan bandar dan luar bandar. Kaedah lukis-dan-tulis digunakan untuk menilai tahap pengetahuan kanak-kanak tentang keburukan makanan yang kurang sihat. Seramai 411 orang pelajar terlibat di dalam kajian ini. Keputusan ujian Khi-Kuasa Dua (X²) dan ujian Mann Whitney U menunjukkan terdapat perkaitan dan perbezaan (p < 0.5) antara pelajar di kawasan bandar dan luar bandar tentang persepsi dan pilihan makanan yang berkalori tinggi oleh mereka. Keputusan kaedah lukis-dan-tulis dianalisakan dengan menggunakan ujian Khi Kuasa Dua (X²) dan secara kualitatif. Terdapat perkaitan (p < 0.5) di antara pelajar di kawasan bandar dan pelajar di kawasan luar bandar tentang ketepatan konsep. Lukisan-lukisan tersebut juga mencadangkan bahawa fikiran ataupun persepsi seseorang kanak-kanak tentang kesan terlebih makan makanan yang berkalori tinggi adalah berdasarkan pengetahuan dan imaginasi mereka.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, Food choice, Primary school children, Kota Kinabalu, High caloric foods
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 25 May 2012 09:18
Last Modified: 23 Oct 2017 04:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4148

Actions (login required)

View Item View Item