Pembangunan bebola ikan keli eksotika Clarias gariepinus

Phascheyllah Erdana Au, (2009) Pembangunan bebola ikan keli eksotika Clarias gariepinus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000564.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajlan ini dijalankan untuk membangunkan bebola ikan daripada ikan keli Clarias gariepinus yang ditemak. Menerusi kajian awal, sebanyak 8 formulasi telah dihasilkan daripada kombinasi 2 aras isi ikan (65% dan 75%), 2 aras tepung jagung (8% dan 10%), 2 aras garam (3% dan 3.5%), 2 aras serbuk lada (0.5% dan 1%), gula 3.5% dan ais sebagai penyelaras. Pemilihan 3 formulasi yang terbaik adalah berdasarkan skor min tertinggi dalam ujian sensori pemeringkatan. Formulasi 5 dipilih menerusi ujian sensori hedonik setelah mendapat skor min tertinggi dalam hampir setiap atribut kecuali pada atribut warna dan kehanyiran. Menerusi ujian pasaran, terdapat penerimaan kualiti sensori dalam bebola ikan yang dibangunkan serta potensi pembelian dengan harga RM6.50. Tiga ujian dalam jangka hayat produk dijalankan iaitu ujian mikrobiologi, ujian fizikokimia dan ujian sensori perbandingan berganda telah dljalankan selama 10 hari penyimpanan dalam keadaan penyejukan antara suhu 0°C hingga 4°C. Ujian mikrobiologi menunjukkan jangka hayat bebola ikan keli adalah kurang daripada 10 hari; manakala ujian ftzikokimia mendapati peningkatan untuk nilai pH, penurunan keupayaan pembendungan air dan peningkatan kehilangan leIehan air sepanjang penyimpanan. Namun, ujian sensori perbandingan berganda hanya dijalankan selama 8 hari memandangkan kerosakan mula berlaku pada hari kesepuluh. Menerusi ujian sensori didapati tiada perubahan yang signifikan (p>0.05) pada atribut warna, manakala penurunan dalam atribut lain kecuali peningkatan dalam atribut kehanyiran. Boleh disimpulkan, pembangungan bebola ikan keli mampu diterima oleh konsumer dari segi kualiti sensori, mikrobiologi dan fizikokimia dalam jangka hayat kurang dari 10 hari namun kajian masih boleh diperbaiki.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Fish ball, Catfish, Clarias gariepinus, Food production
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 04 Jun 2012 00:16
Last Modified: 23 Oct 2017 04:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4154

Actions (login required)

View Item View Item