Kalian terhadap penggunaan sistem jaminan kualiti oleh industri makanan di Sabah

Noor Asiah Mahmod, (2010) Kalian terhadap penggunaan sistem jaminan kualiti oleh industri makanan di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000566.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai penggunaan sistem jaminan kualiti dan isu keselamatan makanan oleh industri makanan di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah survei. Borang kaji selidik diedarkan kepada industri makanan yang terdapat di seluruh Sabah. Seramai 65 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Responden tersebut terdiri daripada pengurus atau pemilik industri tersebut sendiri. Senarai industri yang terlibat diperolehi daripada Jawatankuasa Makanan dan Bahan Gunaan Islam (MGI) negeri Sabah dan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Keputusan soal selidik yang dijalankan menunjukkan kebanyakan industri memiliki pensijilan halal sahaja iaitu 32.3%, 3.2% industri yang hanya memiliki pensijilan HACCP sahaja manakala 12.3% industri yang hanya memiliki pensijilan GMP sahaja. Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pendidikan responden dengan pengetahuan berkaitan sistem jaminan kualiti dan pengetahuan berkaitan dengan isu-isu keselamatan makanan. Perbezaan antara tahap pendidikan dan pengetahuan berkaitan dengan sistem jaminan kualiti ditunjukkan melalui nilai, X² (15, N = 65 ) = 35.141, P < 0.05, manakala bagi perbezaan antara tahap pendidikan dan pengetahuan berkaitan isu-isu keselamatan makanan pula ditunjukkan melalui nilai X² (10, N = 65 ) = 21.731, P < 0.05. Keputusan Khi Kuasa Dua tidak menunjukkan perbezaan antara pengalaman bekerja responden dan pengetahuan berkaitan dengan sistem jaminan kualiti, X² (6, N = 65 ) = 9.906, P > 0.05. Perbezaan antara pengalaman bekerja dengan pengetahuan berkaitan dengan isu-isu keselamatan makanan juga tidak menunjukkan sebarang perbezaan dengan nilai, X² (4, N = 65 ) = 8.244, P > 0.05. Ini menunjukkan bahawa taraf pendidikan serta jenis pendidikan responden memainkan peranan yang penting dalam pemahaman responden terhadap pemahaman sistem jaminan kualiti dan isu keselamatan makananan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, Food industry, Food safety, Quality assurance system, Sabah, Jawatankuasa Makanan dan Bahan Gunaan Islam, MGI, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 22 May 2012 23:53
Last Modified: 23 Oct 2017 04:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4156

Actions (login required)

View Item View Item