Pembangunan minuman jus campuran tembikai susu, limau kasturi dan rumpai laut, Kappaphycus alvarezii

Kiew, Hwee Peng (2010) Pembangunan minuman jus campuran tembikai susu, limau kasturi dan rumpai laut, Kappaphycus alvarezii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000580.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mempelbagaikan lagi minuman jus buah-buahan di samping membangunkan produk makanan dari rumpai laut. Formulasi terbaik, F7 diperolehi melalui penilaian sensori melibatkan ujian pemeringkatan dan ujian hedonik yang telah dijalankan oleh ahli panel yang terdiri daripada pelajar Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah. Formulasi F7 mengandungi 40% jus tembikai susu, 7% jus limau kasturi, 0.4% serbuk rumpai laut, 5% gula dan 47.6% air suling. Formulasi F7 telah diuji dari segi kawalan mutu simpanan yang merangkumi fizikokimia, analisis mikrobiologi dan analisis sensori. Ujian kawalan mutu simpanan yang dijalankan selama 6 minggu menunjukkan minuman jus yang dihasilkan mengalami perubahan seperti nilai pH dan kandungan pepejal terlarut yang semakin menurun serta kandungan keasidan tertitrat yang semakin meningkat. Sampel untuk ujian kawalan mutu simpanan rosak pada minggu ke-6. lumlah kiraan plat pada minggu ke-6 bagi media PCA dan PDA adalah 4.9 x 105 CFU/ml dan 9.9 x 10³ CFU/ml. Analisis sensori menunjukkan atribut sampel pada minggu ke-5 kurang diterima oleh ahli panel berbanding dengan sampel pada minggu-mlnggu yang sebelumnya dengan perbezaan yang signifikan (P<0.05). Oleh itu, produk mempunyai jangka hayat penyimpanan selama 4 minggu. Sampel formulasi terbaik yang tidak mengandungi rumpai laut dihasilkan untuk membandlngkan kandungan nutriennya dengan sampel formulasi terbaik F7. Perbandingan analisis proksimat, kandungan mineral dan vitamin Cantara kedua-dua sampel telah dijalankan. Sampel formulasi terbaik F7 mempunyai kandungan mineral (kalium, magnesium, kalsium dan natrium) dan kandungan sera but dietari yang lebih tinggi daripada sampel formulasi terbaik yang tidak mengandungi rumpai laut pada kadar perbezaan yang signifikan (P<0.05). Produk mendapat sambutan yang baik daripada pengguna melalui ujian pengguna. Seramai 60 % pengguna bersetuju membeli produk ini dan 28 % pengguna rasa mereka mungkin akan beli produk ini. Percampuran rumpai laut dalam produk telah menjadikan produk lebih berkhasiat.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Fruit juice drink, Honeydew melon, Musklime, Seaweed, Kappaphycus albarezii
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Jun 2012 10:36
Last Modified: 23 Oct 2017 04:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4202

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository