Toksisiti subkronik ekstrak Teh Sabah terhadap tikus Sprague Dawley (jantan dan betina)

Norhafizah Ismail, (2009) Toksisiti subkronik ekstrak Teh Sabah terhadap tikus Sprague Dawley (jantan dan betina). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000581.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian tokslsiti subkronik ekstrak teh Sabah selama 28 hari telah dijalankan terhadap tikus Sprague Dawley jantan dan betina yang masing-masing berumur 13 dan 8 minggu. Tikus telah dibiarkan mengambil makanan iaitu pellet komersial dan air minuman secara bebas. Tikus jantan dan betina masing-maslng terdiri daripada empat kumpulan yang diberikan kepekatan dos yang berbeza iaitu 0 (kawalan), 1250, 2500, dan 5000mg/kg b.b./hari. Isipadu dos yang diberikan bergantung kepada purata berat badan tikus. Sebanyak 2.7 dan 1.4ml ekstrak teh Sabah masing-masing telah diberikan kepada tikus jantan dan betina secara suapan paksa. Selepas 28 hari, tiada sebarang kematian dan petanda perubahan klinikal yang jelas dapat diperhatikan pada tikus sepanjang tempoh kajian kecuali pengurangan berat badan tlkus jantan (p<0.05) yang diberikan dos 5000mg/kg b.b/hari sejak minggu 1 sehingga akhir kajian. Bagi biokimia klinikal serum, terdapat peningkatan enzim alanin transferase dengan kenaikan berat hati relatif (p<0.05) pada tikus jantan yang diberikan dos 5000mg/kg b.b/hari. Peningkatan enzim alanin transferase dan kreatinin pada tikus betina tidak dikira sebagai kesan toksikologi kerana tiada sebarang perubahan pada berat hati dan buah pinggang relatif diperhatikan. Kesan toksisiti juga dijangka telah berlaku ke atas organ testis pada kumpulan tikus jantan yang diberikan dos 5000mg/kg b.b./hari dengan terdapatnya penurunan berat organ testis (p<0.05) pada kumpulan ini. Berdasarkan pemerhatian, kepekatan dos paling rendah yang menampakkan kesan sampingan (lowest observed adverse effect level, LOAEL) terhadap tikus jantan adalah 5000mg/kg b.b/hari. Bagi tikus betina pula, kepekatan dos 5000mg/kg b.b./hari adalah pada paras yang tidak menampakkan sebarang kesan sampingan terhadapnya (no observed adverse effect level, NOAEL).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Subchronic toxicity study, Sabah tea extract, Male and female Sprague Dewley rats,
Subjects: ?? QK710-899 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Jun 2012 10:31
Last Modified: 23 Oct 2017 03:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4203

Actions (login required)

View Item View Item