Geologi am dan geokimia unsur-unsur surih dalam tanah di kawasan Madai, Kunak, Sabah

Rajeevan Balakumar, (2007) Geologi am dan geokimia unsur-unsur surih dalam tanah di kawasan Madai, Kunak, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000393.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terietak di daerah Kunak, Tawau, dan disempadani oleh garis latitud 04°39'U hingga 04°45'U dan longitud 118°05'T hingga 118°11'T. Kawasan kajian meliputi keluasan lebih kurang 100km². Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji secara terperinci geologi am serta geokimia tanah di kawasan kajian dan juga menyediakan satu peta geologi kawasan Madai, Kunak, Sabah. Kawasan kajian terdiri daripada Batu Kapur Madai, Batuan Ultrabes, Melange yang terdiri daripada blok Formasi Cert-Spilit dan biok Formasi Kuamut, Olivin Basalt serta aluvium. Kajian geologi struktur menunjukkan bahawa arah canggaan di kawasan kajian bertren barat daya-timur laut. Sebanyak 44 sampel telah diambil bagi menentukan kelimpahan logam berat Pb, Cr, Cu dan Zn serta kation seperti Na, K, Ca, dan Mg dalam tanah di kawasan kajian. Kawasan persampelan pula terbahagi kepada 4 lokaliti iaitu kawasan Tasik, Batu Kapur Madai, Volkano Lumpur dan kawasan Formasi Kuamut. Secara purata hasil analisis menunjukkan bahawa dalam semua sam pel kepekatan logam Pb adalah sangat rendah iaitu 4.25 b.p.j manakala kepekatan logam Cr pula adalah sangat tinggi dengan bacaan 98.21 b.p.j. Kepekatan logam Cu dan Zn pula berada pada kepekatan 23 .97 b.p.j dan 50.97 b.pj masing-masing. Purata kajian kelimpahan kation pula menunjukkan Mg adalah sangat rendah dalam tanah dengan bacaan 0.001 b.pj manakala logam Ca pula mempunyai kepekatan yang tinggi iaitu 0.241 b.p.j. Logam K dan Na pula mempunyai kepekatan 0.228 b.pj dan 0.006 b.pj masing-masing. Purata nilai kepekatan CEC pula adalah 4.76 meq/l00g. Antara faktor-faktor yang empengaruhi kelimpahan logam berat dalam tanah adalah seperti nilai pH tanah, kandungan bahan organik dan tekstur tanah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geochemistry, Kuamut formation, Madai Limestone, Ultrabasic rocks, Chert Spilite formation, Olivine Basalt, Alluvium, Madai, Kunak, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Jan 2012 09:32
Last Modified: 12 Oct 2017 02:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/421

Actions (login required)

View Item View Item