Pemodelan pengeringan suria dan oven terhadap rumpai laut (Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum)

Teoh, Han Sean (2009) Pemodelan pengeringan suria dan oven terhadap rumpai laut (Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
3571Kb

Abstract

Kesan bagi pengeringan suria (34 ± 4°C) dan oven bersuhu (50°C, 60°C and 70°C) pada lengkuk pengeringan dan masa pengeringan yang diperlukan bagi sampel Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum diselidik. Satu model matematik yang paling baik untuk mengsimulasikan lengkuk pengeringan bagi kedua-dua sampel dicadangkan. Hubungan antara peratusan karageenan separa tulen dengan kandungan kelembapan ditentukan juga. Sampel Kappaphycus alvarezii dipotong menjadi 3x10⁻²m panjang, 5.55x10⁻³ ± 0.45x10⁻³m diameter dan sampel Eucheuma denticulatum menjadi 3x10⁻²m panjang, 2.55x10⁻³ ± 0.45x10⁻³m diameter. Penggunaan tiga model matematik yang berlainan iaitu dua model lapisan nipis (Newton and Handerson-Pabis) dan satu model resapan dinilaikan. Pengaruh suhu terhadap parameter-parameter pengeringan dan koefisien resapan berkesan dalam model-model yang dicadangkan dikaji dan pengaktifan tenaga diketahui berdasarkan persamaan Arrhenius. Suhu mempengaruhi lengkuk pengeringan dengan mengurangkan masa pengeringan iaitu dari 450 min hingga 330m in dan dari 300 min hingga 180 min bagi sampel Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum masing-masing. Model Newton menunjukkan simulasi lengkuk pengeringan yang paling baik bagi sampel Kappaphycus alvarezii dan model Hanberson-Pabis bagi sampel Eucheuma denticulatum dengan berdasarkan ujian statistik yang digunakan (r², MAE, RMSE and SE). R² >0.99, %E <6.7877, MAE <0.0095, RMSE <0.0131, dan SE <0.0043 diperoleh oleh model Newton dan r²>0.98, %E <10.394, MAE <0.0131, RMSE <0.0157, dan SE <0.0059 didapati oleh model Handerson. Hasilnya, dua model ini merupakan alat yang bagus untuk menganggarkan masa pengeringan bagi sampel Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum masing-masing. Dalam kajian ini, korelasi antara peratusan karagenan separa tulen sebagai fungsi bagi kandungan kelembapan dihasilkan dengan koefisien regresi, r² = 0.9911 dan 0.9865 bagi sampel Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum masing-masing.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Seaweed, Sun drying and oven drying methods, Kappaphycus alvarezii, Eucheuma denticulatum
Subjects:S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
?? TP368-456 ??
Divisions:SCHOOL > Borneo Marine Research Institute
ID Code:4237
Deposited By:IR Admin
Deposited On:18 Jun 2012 17:29
Last Modified:18 May 2015 16:08

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository