Mikropropagasi Paphiopedilum Rothschildianum

Show, Yoong The (2005) Mikropropagasi Paphiopedilum Rothschildianum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000651.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk memultiplikasikan protokorm-protokom orkid Paphiopedilum rothschildianum. Protokonn-protokonn P. rothschildianum yang berumur tiga bulan dari tarikh pengkulturan biji benih yang dikulturkan dalam medium percambahan digunakan sebagai eksplan. Protokom-protokom dikulturkan dalam medium Murasbige dan Skoog (MS) dengan kepekatan penuh dan separuh yang mempunyai kombinasi honnon asid 1-napthaleneasetik (NAA) dengan kepekatan 1.6 μM dan 6-benzilaminopurine (BAP) pada kepekatan yang berlainan iaitu 13 μM, 44 μM, 132 μM dan 222 μM digunakan untuk mengkaji kesan terhadap multiplikasi pucuk daripada protokom-protokom P. rothschildianum. Pengkulturan protokonnprotokonn P. rothschildianum dalam medium ½ MS yang mempunyai kombinasi 1.6 μM NAA dengan 13 μM BAP dan 44 μM BAP dapat menggalakkan proliferasi pada protokom dan perkembangan plantlet berbanding kepekatan BAP yang lain. Dalam medium ½ MS dengan 1.6 μM NAA dengan 13 μM BAP dan 44 μM BAP, terdapat tiga protokorm yang mengalami proliferasi selepas 60 hari pengkulturan. Pengaruhan pucuk daripada protokom-protokom P. rothschildianum juga bergantung kepada bahan tambahan seperti arang. Kesan penambahan arang dalam medium ½ MS didapati merangsang pertumbuhan protokorm-protokorm dan perkembangan plantlet berbanding medium MS tanpa penambahan arang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Orchid, Paphiopedilum rothschildianum, Protocorms
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Jul 2012 02:50
Last Modified: 23 Oct 2017 03:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4242

Actions (login required)

View Item View Item