Perbezaan jantina dan budaya dalam penerimaan makanan berfungsi oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah

Nur Shahida Kam, (2010) Perbezaan jantina dan budaya dalam penerimaan makanan berfungsi oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000602.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap makanan berfungsi, untuk mengkaji faktor pemilihan makanan, faktor pemilihan makanan berfungsi, dan pemilihan jenis makanan oleh para pelajar, dan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap kesedaran kesihatan, pembelian makanan, dan budaya penerimaan makanan. Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan menggunakan borang soalselidik. Responden merupakan pelajar UMS seramai 376 orang. Data dianalisis menggunakan analisis diskriptif, ujian Khi-kuasa dua, dan ujian Mann-Whitney U. Secara keseluruhannya, lelaki dan perempuan mencatatkan bilangan yang tertinggi pada tahap pengetahuan sederhana dengan skor diantara 7-9 soalan. Walaupun begitu, pelajar perempuan mencatatkan bilangan yang lebih tinggi daripada lelaki pada nilai tahap pengetahuan yang sangat baik. Keputusan ujian Khi-kuasa dua ialah p=0.402. Kekerapan faktor pemilihan makanan tertinggi ialah rasa lapar dengan responden lelakl (71 orang) dan perempuan (84 orang). Kekerapan faktor pemilihan makanan berfungsi tertinggi ialah faedah kepada kesihatan dengan respond en lelakl (76 orang) dan perempuan (104 orang). Sebanyak 115 orang responden lelaki dan 110 orang responden perempuan bersetuju dengan makanan yang mereka biasa sebagai faktor pemilihan makanan mengikut jenis makanan. Seramai 105 orang responden lelaki dan perempuan masing-masing tidak pasti dengan persepsi tabiat pemakanan mereka lebih sihat daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, 95 orang responden lelaki dan 96 orang responden perempuan tidak pasti dengan persepsi hanya membeli produk makanan yang mempunyai kebaikan daripada nutrien asasnya sahaja, 88 orang responden lelaki setuju dengan persepsi akan mencuba makanan baru dalam perjumpaan sosial dan 88 orang responden perempuan setuju dengan persepsi amat ambil berat tentang makanan. Tldak terdapat perbezaan antara jantina dengan jumlah persepsi dan jantina dengan budaya penerimaan makanan dimana nilai p=0.326 (p > 0.05) Kesimpulannya, penerimaan makanan berfungsi tidak dipengaruhi oleh perbezaan jantina dan budaya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, UMS students, Food selection factor, Functional food selection factor, Selection of food, Type of food, Health awareness, Food purchases
Subjects: Q Science > QP Physiology
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 18 Jun 2012 08:29
Last Modified: 23 Oct 2017 03:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4292

Actions (login required)

View Item View Item