Mengkaji sifat fizikal, kimia dan mutu kualiti minuman dan Jus Nanas

Muhammad Najmee Rosle, (2010) Mengkaji sifat fizikal, kimia dan mutu kualiti minuman dan Jus Nanas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000604.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji sifat kimia, sifat fizikal dan mutu kualiti minuman dan jus nanas. Pengformulasian bagi minuman jus nanas adalah berasaskan kepada perubahan dari segi % penggunaan puri nanas, air, asid sitrik dan Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dimana hanya 3 formulasi terbaik dipilih dengan menggunakan ujian pemeringkatan. Satu formulasi yang terbaik dipilih melalui ujian hendonik. Formulasi (F2) merupakan formulasi yang mempunyai tahap penerimaan yang tinggi iaitu 35 % jus nanas, 12% gula, 0.04% CMC, 0.2% Asid Sitrik, 0.03% Natrium Benzoat, dan 52.73% air. Dimana terdapat nilai yang signifikan bagi atribut kemanisan dan penerimaan keseluruhan bagi sampel 2. Hasil akhir ini kemudiannya akan disimpan pada suhu 4±1 °c dan mutu simpanan bagi minuman jus tersebut dikaji sehingga minggu ke - 5 sepanjang tempoh penyimpanan. Dari segi ujian fizikokimia analisis yang terlibat adalah penentuan nilai bacaan pH, jumlah vitamin C (askorbik asid), jumlah pepejal terlarut °Briks dan peratusan asid tertitrat pada pada produk akhir. Berdasarkan ujian prosimat yang dilakukan didapati minuman jus nanas mengandungi 89.8 % kelembapan, 0.32 % abu, 0.72 % sera but kasar, 0.43 %protein, 0.07 ± 0.02% lemak, 8.66 % karbohidrat manakala jus nanas mengandungi 84.3 % kelembapan,0.21 % abu, 0.58% serabut kasar, 0.47 % protein, 0.07 ± 0.02% lemak, 14.37% karbohidrat. Ujian kiraan jumlah plat dan ujian kiraan jumlah yis dan kulat dijalankan melalui ujian mikrob. Hasil daripada ujian mikrobiologi menunjukkan produk akhir yang disimpan sepanjang tempoh penyimpanan at 4 ± 0.01 untuk 5 minggu mempunyai nilai kandungan mikrob yang selamat untuk diminum.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Pineapple juice, Quality of Pineapple juice
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Jun 2012 03:01
Last Modified: 23 Oct 2017 03:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4294

Actions (login required)

View Item View Item