Analisis antiproliferasi bagi Teh Hijau Sabah

Siti Anith Atiqah Tahir, (2010) Analisis antiproliferasi bagi Teh Hijau Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2677Kb

Abstract

Penggunaan komponen teh hijau (Camellia sinensis) banyak memberi kesan biologi, termasuklah antiproliferasi aktiviti. Dalam kajian ini kesan ekstrak daun teh daripada kematangan yang berbeza iaitu daun pucuk, daun matang dan daun tua dijalankan ke atas dua jenis jaluran sel iaitu sel MDA-MB-231 (sel kanser payudara) dan set Hep-G2 (sel kanser hati). Dua jenis kaedah pengesktrakkan dijalankan iaitu pengekstrakan air panas dan pengekstrakan metanol. Kajian MTT asai digunakan untuk mengukur kesan rencatan pertumbuhan sel terhadap sam pel dan untuk mendapat nilai IC₅₀ Bilangan sel yang hidup berkadar dengan nilai penghasilan formazan yang mana disukat menggunakan EUSA. HasH menunjukkan kesan antiproliferasi yang positif melawan dua jaluran sel kanser. Daun pucuk ekstrak metanol mempunyai kepekatan rencatan (IC₅₀) yang paling rendah berbanding yang lain bagi kedua-dua jenis jaluran sel iaitu sebanyak 41.20±2.04μg/ml bagi sel MDA-MB-231 dan 35.38±O.96μg/ml bagi sel HepG2. Daun tua estrak air panas mempunyai kepekatan rencatan (IC5O) yang paling tinggi bagi kedua-dua jenis jaluran sel iaitu sebanyak 64.05±1.08μg/ml bagi sel MDAMB-231 dan 99.97 ± 1.15μg/ml bagi sel Hep-G2. Ini menunjukkan bahawa daun pucuk adalah lebih signifikan dalam merencatkan pertumbahan sel berbanding daun matang dan daun tua. Pengekstrakan menggunakan metanol mempunyai kepekatan rencatan (IC5O) yang rendah berbanding pengekstrakan menggunakan air panas bagi ke semua jenis sampel. Ini menunjukkan bahawa pengekstrakan metanol lebih signifikan dalam merencatkan pertumbuhan sel berbanding pengekstrakan menggunakan air panas.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Green tea components, Camellia sinensis, Biological effects, Antiproliferation activities, Green leave, Green Sabah tea, Sabah
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:4297
Deposited By:IR Admin
Deposited On:29 May 2012 12:53
Last Modified:29 May 2012 12:53

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository