Kesedaran pemakanan dan pemilihan makanan dikalangan pengguna muda bagi daerah Kota Kinabalu

Aminatul Khatijah Mohd Razali @ Busu, (2009) Kesedaran pemakanan dan pemilihan makanan dikalangan pengguna muda bagi daerah Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000613.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian kesedaran pemakanan dan pemilihan makanan di kalangan pengguna muda bagi daerah Kota Kinabalu, Sabah adalah untuk mengkaji tahap kefahaman pengguna muda dari aspek kesedaran pemakanan dan pemilihan makanan serta faktor-faktor yang menyumbangkan ke arah permasalahan tersebut. Seramai 370 responden telah terlibat untuk menjawab soalan kaji selidik yang dijalankan di lima buah sekolah menengah di kawasan Kota Kinabalu. Tahap kefahaman terhadap kesedaran pemakanan dan pemilihan makanan pengguna muda berada pada tahap amat lemah tetapi keputusan Chi-square x2 menunjukkan tidak ada hubungan wujud kerana p>0.05. Sebanyak 54.9% responden tidak mengetahui amalan pemakanan sihat yang harus diamalkan untuk kesihatan mereka dan 68.6% responden adalah tidak mengamalkan pemilihan yang betul dan diet seimbang. Faktor utama yang mempengaruhi responden dalam pemilihan makanan adalah dari individu responden sendiri yang menyumbangkan kepada 72.8% responden. Punca utama responden kurang mengetahui amalan pemakanan terbaik adalah kurang berminat terhadap perkara ini menyumbangkan kepada 46.2% responden. Faktor-faktor yang menyumbangkan ke arah permasalahan di dalam kesedaran pemakanan dan pemilihan makanan adalah jelas dispesifikasikan kepada faktor individu sebanyak 80.3% responden, faktor persekitaran 61.4 % responden dan faktor makrosistem adalah 59.5% responden. Ujian Inter-Korelasi antara faktor individu dan faktor persekitaran ialah (r=0.226), faktor peribadi dan faktor makrosistem ialah (r=0.275) serta faktor persekitaran dan faktor makrosistem ialah (r=0.149). Kesemua korelasi tersebut adalah amat lemah dan signifikan pada p<0.01. Oleh itu, disini dapat disimpulkan bahawa faktor yang menyumbangkan kepada permasalahan kesedaran pemakanan dan pemilihan makanan di kalangan pengguna muda daerah Kota Kinabalu adalah faktor peribadi, faktor persekitaran dan faktor makrosistem.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Nutritional, Nutritional awareness, Healthy nutritional, Food intake by young consumer
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 22 Jun 2012 00:56
Last Modified: 23 Oct 2017 03:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4322

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository