Keberkesanan penggunaan logo Halal pada label makanan oleh pengguna di daerah Timur Laut Pulau Pinang

Lim, Kuan Leang (2009) Keberkesanan penggunaan logo Halal pada label makanan oleh pengguna di daerah Timur Laut Pulau Pinang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000619.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengkaji perkaitan demografi pengguna dengan tahap pengetahuan am pengguna mengenai logo halal pada label makanan, dan untuk mengkaji pandangan serta tabiat pengguna terhadap logo halal pada label makanan. Tinjauan pengguna yang melibatkan 400 orang responden dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada 3 bahagian (bahagian demografi, bahagian pengetahuan, serta bahagian pandangan dan tabiat responden) di empat kawasan di Pulau Pinang (Komtar, Stadium Bandar, Pasar Batu Lanchang dan Sunshine Farlim). Data dianalisis dengan menggunakan taburan frekuensi, korelasi dan ujian khi kuasa dua. Responden terdiri daripada 51.8% perempuan dan 48.2% lelaki. Didapati perkaitan yang sangat lemah antara jantina responden dengan tahap pengetahuan am logo halal responden, rs(354)=0.09, p=.089. Majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan antara sederhana dan lemah, min=4.51, dan 345 orang (96.9%) responden berpandangan produk makanan berlabel halal bermaksud tidak mengandungi sumber dari babi. Responden yang setuju bahawa produk makanan yang berlabel halal lebih nutrisi dan sihat mempunyai tahap pengetahuan am logo halal yang lemah, X2(4, N=356)=10.469, p=.033. Majoriti responden mendapatkan maklumat logo halal dari bahan bacaan, 137 orang (68.2%), dan membeli produk halal di pasar raya, 186 orang (92.5%). Responden yang merujuk kepada logo halal semasa memilih produk makanan berpendapat bahawa produk yang berlabel halal adalah bersih, kualiti dan selamat, X2(1, N=353)=117.675, p<.001. Pengguna selalunya merujuk kepada penjual untuk mendapatkan maklumat pengesahan halal, 56 orang (49.6%), dan melaporkan kepada persatuan pengguna apabila mendapati logo halal yang meragukan atau palsu, 96 orang (49.7%). Kesimpulannya, penggunaan logo halal pada label makanan oleh pengguna di Daerah Timur Laut Pulau Pinang adalah kurang memberi impak yang positif.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Halal logo, Halal logo knowledge, Food label
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Jun 2012 10:40
Last Modified: 12 Oct 2017 07:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4328

Actions (login required)

View Item View Item