Pengetahuan pengendalian, pengamalan dan sikap keselamatan makanan pihak pengurusan dan pekerja kafeteria di Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah

Rina Dewai A/P Morgan, (2009) Pengetahuan pengendalian, pengamalan dan sikap keselamatan makanan pihak pengurusan dan pekerja kafeteria di Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000622.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau pengetahuan, pengendalian, pengamalan dan sikap keselamatan makanan pihak pengurusan dan pekerja kafeteria di kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah. Soal selidik dijalankan ke atas 94 responden yang terdiri daripada pengurus, penyelia dan pekerja kafeteria. Borang soal selidik yang terdiri daripada 5 bahagian iaitu demografik, pengetahuan keselamatan makanan, pengendalian keselamatan makanan, pengamalan keselamatan makanan dan sikap keselamatan makanan digunakan untuk mengumpul data. Min untuk soalan pengetahuan keselamatan makanan adalah 52.2 ± 13.2 % dengan skor minimum 30% dan skor maksimum 80%. Daripada kajian didapati bahawa terdapatnya korelasi positif yang lemah antara umur dan pengetahuan keselamatan makanan dengan rs=0.346 dan p < 0.05. Namun, tiada hubungan signifikan dijumpai untuk perkaitan antara jantina dan pengetahuan keselamatan makanan (X2=2.695, p> 0.05). Didapati bahawa 50% daripada responden mempunyai cara pengendalian keselamatan makanan yang betul untuk pencairan beku daging dan 72.3% menyimpan makanan dengan cara yang betul. Walau bagaimanapun, kebanyakan responden mempunyai cara pengendalian keselamatan makanan yang lemah berhubung dengan pemasakan daging, kawalan suhu dan hanya 39.4% yang menggunakan dua papan pemotong yang berasingan dan 5.3% menggunakan sistem kod warna untuk mencegah pencemaran silang melalui papan pemotong. Selain itu, hanya 20.2% daripada responden mencuci pisau pemotong dengan betul dan menggunakan pembasmi kuman. Majoriti daripada pihak pengurusan dan pekerja kafeteria mempunyai amalan keselamatan makanan yang baik di mana 42.6% kerap dan 45.7% sangat kerap membasuh tangan dengan sabun dan air sebelum mengendalikan makanan. Walau bagaimanapun, majoriti daripada responden (26.6%) jarang menggunakan sarung tangan untuk mengendalikan makanan yang sedia dimakan. Dari segi sikap keselamatan makanan, 66% daripada respond en sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka percaya kebersihan makanan merupakan satu tanggungjawab pekerjaan yang penting dan 59.6% bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka percaya kebersihan pekerja yang baik boleh mencegah penyakit bawaan makanan. Sebagai kesimpulan, majoriti daripada responden adalah berpengetahuan dalam keselamatan makanan dan mempunyai amalan dan sikap keselamatan makanan yang baik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food safety, Food safety knowledge, Handling, Practices, Attitudes food safety, Cafeteria's management, University Malaysia Sabah's Residential Colleges
Subjects: ?? HD7260-7780.8 ??
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Jun 2012 09:47
Last Modified: 12 Oct 2017 07:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4333

Actions (login required)

View Item View Item