Pengekstrakan kanji Pisang Saba

Khoo, Eng Kean (2009) Pengekstrakan kanji Pisang Saba. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000630.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan larutan pengekstrakan dan rawatan rendaman ke atas kanji pisang Saba dari segi peratus perolehan dan sifat fizikokimia. Larutan pengekstrakan yang digunakan ialah natrium hidroksida, natrium sulfite, asid sitrik dan air. Hasil yang diperoleh dikaji dan dibandingkan dari segi komposisi kimia, kuasa pengembungan, keterlarutan, ciri-ciri pempesan dan sifat-sifat terma. Secara keseluruhannya, kedua-dua pembolehubah yang dikaji memberi kesan (p<0.05) kepada kandungan protein, kuasa pengembungan, ketertarutan, viskositi puncak dan setback. Perolehan kanji hanya dipengaruhi (p<0.05) oleh larutan pengekstrakan manakala breakdown dan suhu permulaan hanya diberi kesan oleh (p<0.05) rawatan rendaman. Kanji pisang yang diekstrak dengan dengan NaOH R, NaOH TR dan NaS0₃ R mempunyai peratus perolehan leblh tinggi (p<0.05) berbanding dengan A TR. Kandungan protein sampel NaS0₃ R, NaS03 TR, AS TR dan AS R adalah lebih tinggi (p<0.05) daripada sampel A TR, A R dan NaOH TR. Tiada lemak dan serat kasar dapat dikesan dalam kanji pisang Saba. Rawatan rendaman menurunkan (p<0.05) kuasa pengembungan sampel NaOH. Sampel NaOH R dan NaSO₃ R pula menunjukkan ketertarutan yang lebih tinggi (p<0.05). Analisis profil pempesan menunjukkan viskoslti puncak kanji pisang diekstrak dengan NaOH R, NaOH TR, NaS0₃ TR, A R dan A TR didapati lebih tinggi (p<0.05). Tiada korelasi yang signifikan dldapati antara kuasa pengembungan dengan viskositi puncak (p>0.05). Pada masa yang sama, sampel A R dan A TR mencatatkan viskositi akhir lebih tinggi (p<0.05). Tahap retrogadasi kanji pisang yang diekstrak dengan NaS03 R, NaSO₃ TR, AS R dan AS TR adalah lebih tinggi (p<0.05) berbanding NaOH TR. Pembolehubah kajian yang dikaji tidak mempengaruhi (p>0.05) sifat-sifat terma melalnkan suhu permulaan (p<0.05). Terdapat kesan Interaksi yang signifikan (p<0.05) antara kedua-dua pembolehubah ke atas kandungan protein, kuasa pengembungan, ketertarutan, viskositi puncak, breakdown, suhu permulaan dan entalpi kanji.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Saba Banana, Saba Banana starch, Starch extraction
Subjects: ?? SB354-402 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 22 Jun 2012 01:11
Last Modified: 23 Oct 2017 04:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4350

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository