Analisis kemalangan jalan raya di Sabah

Norbety Ramli, (2007) Analisis kemalangan jalan raya di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000653.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bagi mengukur kadar keseriusan kemalangan jalan raya di Sabah dengan menghitung kadar kematian akibat kemalangan jalan raya per 10,000 penduduk dan membina model terbaik bagi menerangkan fenomena kemalangan jalan raya di Sabah. Skop kajian ini merangkumi jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku di Sabah setiap tabun dari tabun 1985 sebingga tabun 2004. Pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini ialah jumlah kenderaan berdaftar, jumlah panjang jalan raya, saiz populasi dan jumlah perbelanjaan kerajaan Negeri kepada JKR. Kajian ini mengaplikasikan kaedah pengukuran kadar dan pembentukan model terbaik menggunakan analisis regresi berganda. Model terbaik yang dihasilkan daripada analisis regresi berganda digunakan untuk menerangkan jumlah kemalangan jalan raya di Sabah dengan pembolehubah yang bererti sahaja iaitu jumlah kenderaan berdaftar, peratus kenderaan berdaftar per panjang jalan raya dan perbelanjaan kerajaan negeri kepada JKR. Model terbaik ini juga melibatkan interaksi di antara pembolehubah iaitu jumlah kenderaan berdaftar, peratus kenderaan berdaftar per saiz populasi dan perbelanjaan kerajaan negeri kepada interaksi di antara jumlah kenderaan berdaftar, peratus kenderaan berdaftar per panjang jalan raya dan perbelanjaan kerajaan Negeri kepada JKR serta intreraksi di antara peratus kenderaan berdaftar per saiz populasi, peratus kenderaan berdaftar per panjang jalan raya dan perbelanjaan kerajaan Negeri kepada JKR.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Analysis road, Road accidents, Sabah
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Jul 2012 01:42
Last Modified: 23 Oct 2017 06:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4474

Actions (login required)

View Item View Item