Kesan pendinginan air, pembungkusan semula dan penyimpanan buah jambu batu (Psidium guajava.L cv. Taiwan) terhadap jangkitan patogen

Nor Masturah Ahmad Tarmizi, (2007) Kesan pendinginan air, pembungkusan semula dan penyimpanan buah jambu batu (Psidium guajava.L cv. Taiwan) terhadap jangkitan patogen. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000656.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk mengukur kesan pendinginan air, pembungkusan semula dan jangka masa penyimpanan terhadap buah jambu (Psidium guajava L.) kultivar Taiwan berdasarkan bacaan skor tahap kerosakan buah jambu batu. Mikroorganisma yang hadir diasingkan dan dikenalpasti. Buah jambu batu pramatang dituai dan sebahagiannya dipradinginkan dengan teknik pendinginan air dan sebahagiannya pula tanpa mengalami pendinginan air. Hanya buah yang sempurna dan bebas dari kecacatan dan juga kecederaan dipilih untuk kajian ini. Buah jambu batu tersebut dibungkus menggunakan pelbagai pembungkusan yang terdiri daripada surat khabar dan plastik jernih di mana buah jambu batu dibalut dengan tisu terdahulu, set kawalan terdiri daripada buah jambu batu yang tidak dibungkus. Kesemua sampel disimpan di dalam bilik sejuk pada suhu 10°C. Pada setiap minggu sehingga minggu keempat buah jambu batu telah diperhatikan tahap kerosakannya mengikut penskoran yang ditetapkan. Bagi tisu buah yang dijangkiti penyakit, patogen telah dikulturkan dan dikenalpasti sebagai kulat Rhizopus berdasarkan ciri-ciri yang dipunyai oleh kulat tersebut. Kajian ini juga mendapati bahawa kaedah pendinginan air dan pembungkusan semula dapat mengekalkan rupa bentuk buah yang menarik dan bebas dari sebarang jangkitan penyakit secara keseluruhannya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Guava fruit, Psidium guajava, Effectiveness of hydrocooling, Repacking, Duration of storage, Rhizopus
Subjects: ?? SB354-402 ??
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 31 Jul 2012 00:36
Last Modified: 23 Oct 2017 06:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4483

Actions (login required)

View Item View Item