Mikropropagasi Zingiber officinale roscoe

Jane Alban Ginsud, (2007) Mikropropagasi Zingiber officinale roscoe. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000671.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan untuk menentukan hormon yang paling berkesan untuk menghasilkan akar dan pucuk pada eksplan batang Zingiber ofjicinale Roscoe. Batang Zingiber ofjicinale Roscoe ini dipotong kepada lima bahagian iaitu a, b, c, d dan e. Bahagian-bahagian ini kemudian dikultur ke dalarn media MS yang dibekalkan dengan hormon IBA, BAP, kinetin dan NAA pada kepekatan 0.5 mg/l, 1.0 mg/l, 1.5 mg/l dan 2.0 mg/l dan diinkubasi pada suhu 25°C±2°C dan dalam keadaan 24 cerah. Hasil keputusan menunjukkan segmen batang yang paling sesuai untuk pembentukan pucuk dan akar adalah segmen a diikuti dengan segmen b, c, d dan e. Prestasi pembentukan akar dalam 1.0 mg/l NAA adalah yang terbaik antara semua jenis rawatan kerana rawatan ini mencatat nilai bilangan akar yang paling tinggi iaitu 7.4. Pemanjangan akar pula bertumbuh dengan baik dalam 1.5 mg/l NAA dengan min panjang akar iaitu 2.42. Tindakbalas yang paling baik dalarn pembentukan pucuk diperhatikan dalam 2.0 mg/1 kinetin dengan nilai min bilangan pucuk iaitu 1.6. BAP dengan kepekatan 1.0 mg/l didapati sangat berkesan dalam parnanjangan pucuk kerana mencatat min tinggi pucuk yang paling tinggi iaitu 0.8 diantara semua rawatan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Root, Shoot stem explant, Root elongation, Zingiber officinale Roscoe
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Aug 2012 07:32
Last Modified: 23 Oct 2017 06:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4505

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository