Taburan nutrien (Nitrat & Fosfat) dan fitoplankton di sekeliling Pulau Manukan, Sabah

Pun, Christina Nyuk Chin (2007) Taburan nutrien (Nitrat & Fosfat) dan fitoplankton di sekeliling Pulau Manukan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000675.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian taburan kepekatan nutrien (nitrat dan Fosfat) dan fitoplankton telah dijalankan di sekeliling Pulau Manukan pada 4 Disember 2006 dan 5 januari 2007. Terdapat lima stesen di sekeliling Pulau Manukan dan terdapat tiga sub stesen di setiap stesen yang di ambil mengikut jarak dari pantai iaitu berdekatan dengan pantai, 50 meter dari stesen pertama dan 50 meter dari stesen kedua. Stesen pensampelan dipilih berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan di setiap stesen. Parameter in-situ yang dianalisis ialah pH, saliniti, konduktiviti dan suhu. Parameter ex-situ yang dianalisis pula ialah nitrat, fosfat dan klorofil a. Min kepekatan nitrat yang diperolehi bagi pensampelan yang pertama adalah (6.061 ± 0.345) mgl¯¹ dan pensampelan kedua adalah (3.290 ± 1.445) mgl¯¹. Manakala min kepekatan fosfat bagi pensampelan pertama dan pensampelan kedua adalah (0.011 ± 0.0002) mgrl dan (0.045 ± 0.0126) mg¯¹ masing-masing. Min kepekatan klorofil a yang di perolehi bagi Pulau Manukan adalah 0.413 mgl¯¹ bagi pensampelan yang pertama dan 0.219 mgl¯¹ bagi pensampelan yang kedua. Beberapa analisis statistik telah dijalankan untuk membuat perbandingan dan korelasi antara parameter in-situ dan ex-situ yang dikaji. Ujian statistik yang dijalankan adalah ujian Korelasi (Bivariate Spearman's rho), korelasi (Partial), Ujian ANOVA Satu Rala, Kruskal-Wallis, Mann-Whitney dan Independent-Samples T test. Berdasarkan analisis data yang diperolehi didapati min kepekatan klorofil a mempunyai hubungan positif dengan min kepekatan nitrat (p = 0.009, r = 0.468). Manakala klorofil a tidak mempunyai sebarang hubungan bererti dengan min kepekatan fosfat (p = 0.072). Ini menunjukkan bahawa nitrat merupakan faktor penghad kepada pertumbuhan fitoplankton di Pulau Manukan. Sebagai kesimpulan, tahap kualiti air di Pulau Manukan adalah tidak sesuai untuk hidupan akuatik berdasarkan kepada kriteria Kualiti Air Marin ASEAN (DOE, 2005). Ini adalah kerana perairan di Pulau Manukan telah tercemar oleh nutrien nitrat dan fosfat namun tidak berlaku sebarang masalah eutrofikasi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Nutrient, Nitrate, Phosphate, Phytoplankton, Manukan Island, Sabah
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 12 Jul 2012 02:05
Last Modified: 23 Oct 2017 06:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4524

Actions (login required)

View Item View Item