Pembangunan pengesan fosfat untuk pengawalan dan pemantauan alam sekitar

Dominic M. Lansing, (2005) Pembangunan pengesan fosfat untuk pengawalan dan pemantauan alam sekitar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000680.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Nucleoside phoshorylase (E.C 2.4.2.1) dan xanthine oxidase (E.C l.1.3 .22) adalah enzim yang terdapat dalam sistem katabolisma purina dalam badan. Satu strip ujian dibangunkan berdasarkan prinsip "Dry chemistry" menggunakan kedua-dua enzim tersebut. Secara ringkasnya, nucleoside phosholylase (PNP) dan xanthine oxidase (XOD) disekat-gerak bersama substrat inosine dan agen pengoksidaan 3, 5, 3', 5 '-tetrametilbenzidine (TMB). Tindak balas yang berlaku dalam strip bermula dengan PNP, dalam kehadiran ion ortofosfat akan menukarkan inosine kepada hypoxanthine. Hypoxanthine akan ditindak balas oleh xanthine oxidase untuk menghasilkan xanthine dan produk sampingan iaitu asid urik, hidrogen peroksida dan gas oksigen. Tindak balas yang berlaku dalam strip ini memungkinkan pengesanan fosfat dapat dilakukan dalam suatu larutan, iaitu melalui pengoksidaan hidrogen peroksida oleh TMB melalui perkupelan peroxidase. Di dapati kepekatan hypoxanthine yang optimum adalah pada kepekatan 0.005 mg/ml dan kepekatan optimum inosine pada 0.05 mg/ml dan tidak lebih daripada 0.15 mg/ml. Daripada bacaan serapan, tindak balas ke atas fosfat makin cepat dengan peningkatan bilangan mol fosfat. Perubahan warna pada strip dapat dilihat sedikit sahaja selepas tindak balas tetapi kurang jelas. Selain faktor substrat berlebihan sebagai perencat, kehadiran asid urik sebagai produk sampingan juga boleh mengganggu tindak balas dan bacaan kajian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Nucleoside phoshorylase, Xanthine oxidase, Catabolism system, Chemistry
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 31 Jul 2012 07:51
Last Modified: 23 Oct 2017 07:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4534

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository